Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hanya Guna 3 Bahan Untuk Buat Sendiri Udang Kering Homemade, Memang Jimat Banyak Dan Fresh!

Hanya Guna 3 Bahan Untuk Buat Sendiri Udang Kering Homemade, Memang Jimat Banyak Dan Fresh!

Kategori: ,
udang kering homemade

Udang kering biasanya adalah bahan yang akan menyedapkan sesuatu makanan jika dicampur ke dalam makanan tertentu. Makanan seperti nasi goreng, mi bandung dan makanan bersambal lain memang memerlukan udang kering untuk rasa makanan yang lebih menyelerakan.

Jadi untuk kali ini, kami ingin berkongsi cara untuk buat sendiri udang kering homemade yang segar. Bukan setakat menyegarkan, malah udang kering yang dibuat sendiri di rumah memang jimat banyak dari beli sendiri.

Menerusi perkongsian Facebook oleh Faizah Hussin ini, ramai yang mendapat manfaat dan ilmu berguna untuk buat udang kering secara homemade ini. Kalau susah nak jemur panas, boleh keringkan guna ketuhar je. Memang boleh sangat untuk nak cuba.

Bahan-Bahan:

  • 1kg udang merah kulit keras
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu garam kasar udang kering homemade

Cara Penyediaan:

  1. Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut. udang kering homemade
  2. Udang yang sudah siap dibasuh. udang kering homemade
  3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air. udang kering homemade
  4. Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk. udang kering homemadeudang kering homemade
  5. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai. udang kering homemade
  6. Jemur udang di bawah cahaya matahaai hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150 darjah celcius selama 20 minit. udang kering homemade
  7. Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sedikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik. udang kering homemade
  8. Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan. udang kering homemade

Sudah siap udang kering homemade kita! Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Sumber: Faizah Husain 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Kaki Ayam 3KG Bersama Cili Kicap Pedas, Makan Ratah Saja Pun Dah Sedap Tak Terkata

tags: | |