Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam » Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Ayam Tanpa Minyak, Hidangan Sihat Untuk Diet & Amalkan Gaya Hidup Sihat

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Ayam Tanpa Minyak, Hidangan Sihat Untuk Diet & Amalkan Gaya Hidup Sihat

Kategori: ,
Sup Ayam Tanpa Minyak

Sup ayam adalah hidangan makanan yang digemari ramai orang. Ia menjadi kegemaran tidak mengira umur kerana keenakannya yang simple dan sedap dimakan bersama nasi.

Untuk kali ini, kami ingin berkongsi resipi sup ayam tanpa minyak yang lazat dan sedap! Selain sedap, ia juga sihat kerana kita tidak menggunakan sebarang minyak untuk masak sup ayam ini tau.

Jom ikuti perkongsian Nik Nur Adilin ini. Ramai yang cakap sedap. Lagi-lagi bila hirup kuahnya. Memang ngam!

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Ayam Tanpa Minyak, Hidangan Sihat Untuk Diet & Amalkan Gaya Hidup Sihat

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayaam
  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • empat sekawan
  • ubi kentang – potong besar supaya tak cepat hancur
  • bawang merah
  • daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian satukan dalam periuk bersama ayam.
  2. Isi air sehingga ayam tenggelam. Buka api perlahan dan tutup periuk.Boleh letak daun sup dan bawang goreng.
  3. Di pertengahan boleh letak ibu kentang. Kalau berbuih macam ni, belum masak lagi sup dan ayamnya.Sup Ayam Tanpa Minyak
  4. Bila terbit minyak asli dari ayam tu, tandaanya sup dah masak.Sup Ayam Tanpa Minyak
  5. Boleh letak daun sup dan bawang goreng.
  6. Boleh letak garam untuk perasakan serta gula jika suka.
  7. Sup Ayam Tanpa Minyak siap untuk dihidangkan!Sup Ayam Tanpa Minyak

Selamat makan bersama nasi dan sambal belacan. Memang boleh buat nasi bertambah-tambah. Naak hirup sup macam tu je pun dah ngam. Bolehlah buat masa tak aada selera makan akibat demam. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati buat semuanya!

Sumber: Nik Nur Adilin

Baca juga: Jom Cuba Resepi Muffin Pisang Nutella, Sangat Lembut & Puas Hati Bila Makan

tags: | |