Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Muffin Pisang Nutella, Sangat Lembut & Puas Hati Bila Makan

Jom Cuba Resepi Muffin Pisang Nutella, Sangat Lembut & Puas Hati Bila Makan

Kategori: ,
MUFFIN PISANG COKLAT

Muffin merupakan pencuci mulut yang kecil dari segi saiz tapi sangat enak dimakan pada bila-bila masa. Malah, terdapat pelbagai jenis muffin yang menarik untuk dicuba, rambang mata pula melihatnya!

Antaranya muffin pisang nutella ini yang sama seperti kek pisang. Tambahan nutella menjadikannya lebih sedap. Kalau nak cuba, di sini kami ingin berkongsi resepinya yang telah diolah oleh Lina Thomas di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Jom Cuba Resepi Muffin Pisang Nutella, Sangat Lembut & Puas Hati Bila Makan

Bahan-bahan

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 biji telur grade A
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 biji pisang berangan masak ranum (dilenyek)
  • 2 sudu besar sour cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan kacang walnut
  • Nutella secukupnya – dapatkan di sini

Cara penyediaan

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  2. Letakkan paper cup pada loyang cupcake 12 rongga.
  3. Dalam mangkuk sederhana, ayak bersama tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mixer, campurkan gula, telur dan minyak. Putar sehingga gebu, kira-kira 5 minit.
  5. Masukkan pisang, sour cream dan vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  6. Guna spatula dan masukkan campuran tepung dan kacang wanut, kacau sebati.,
  7. Masukkan adunan sama rata ke dalam paper cup.
  8. Masukkan 1 sudu kecil nutella ke dalam adunan, guna lidi untuk lorekkan nutella perlahan-lahan di permukaan adunan muffin.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  10. Keluarkan dari oven, biar sejuk seketika dan siap untuk dinikmati!  MUFFIN PISANG COKLAT MUFFIN PISANG COKLAT MUFFIN PISANG COKLATMUFFIN PISANG COKLAT

Dah siap muffin pisang nutella ini. Buka je oven terus wangi dengan bau muffin ini jadi hati-hati bila menyediakannya takut laku keras sangat sampai anda sendiri tak sempat untuk merasainya.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Lina Thomas di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Kek Peanut Butter, Guna Teknik Ini Untuk Dapatkan Kek Yang Gebu & Super Moist

tags: | | | |