Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Butter Potato Grilled, Hidangan Snacks Yang Mengenyangkan Sesuai Buat Seisi Keluarga

Wanita Ini Kongsi Resipi Butter Potato Grilled, Hidangan Snacks Yang Mengenyangkan Sesuai Buat Seisi Keluarga

Kategori: ,
butter potato grilled

Jika kita sedang menonton filem di televisyen bersama keluarga dan teman ataupun sendirian, pasti kita mahukan jajan ataupun snacks yang boleh dimakan ketika meluangkan masa bersama. Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu hidangan snacks butter potato grilled yang sedap dan sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

Wanita Ini Kongsi Resipi Butter Potato Grilled, Hidangan Snacks Yang Mengenyangkan Sesuai Buat Seisi Keluargabutter potato grilled

Bahan-Bahan:

  • 10 biji kentang Holland/India
  • saiz kecil comel je tau, potong 4
  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • 3/4 sudu besar butter
  • 1 sudu besar serbuk cukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar chili flakes’ – kalau nak pedas
  • 1 sudu besar daun parsely / dry rosemary

Cara Penyediaan:

  • Gaul semua bahan.
  • Susun dalam dulang.
  • Bakar suhu 180 darjah celcius (25-30 minit) – lagi garing lagi sedap. butter potato grilled

Dah siap akhirnya kita punya snack yang lazat ni. Boleh lah buat sendiri di rumah. Makan sambil tonton TV atau buat aktiviti harian lain. Memang best.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati butter potato grilled ini!

Sumber: Elle Izani Ellanie

Baca juga: Gabungan Roti Ini Buat Sandwich Lagi Sedap, Rasa Strawberi Dan Coklat Saling Melengkapi!

tags: | |