Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Resipi Ikan Lengat Unik, Hidangan Ringkas Buat Makan Nasi Bertambah. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Resipi Ikan Lengat Unik, Hidangan Ringkas Buat Makan Nasi Bertambah. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Kategori: ,
ikan lengat

Anda pernah mendengar hidangan ikan lengat? Kalau belum, mungkin anda pernah mendengar ikan rebus asam jawa. Ia sememangnya lauk lejen dari utara tanah air.

Bila goreng memang best sangat kerana terasa masam masin yang cukup untuk buat kita berselera makan. Bagi yang rindu nak makan ikan ini bolehlah buat sendiri. Jom ikut panduan yang dikongsi oleh AishahYap ini.

Resipi Ikan Lengat Unik, Hidangan Ringkas Buat Makan Nasi Bertambah. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Cara Buat Ikan Lengat ikan lengat

  1. Siang ikan macam biasa dan kelar.
  2. Ramas asam jawa bersama setengah cawan air. Masukkan garam dua sudu makan.
  3. Masukkkan ikan. Salut asam jawa dengan seluruh bahagian ikan. Biar kena semua. Perap 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).
  4. Masukkan dalam periuk, masak atas api sederhana. Bila mendidih sikit terus tutup api, jangan rebus lama nanti ikan jadi lembik susah nak goreng. Kemudian biar ikan suam.
  5. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar. ikan lengat ikan lengat

Ini bukan hangit ya, memang ikan lengat macam ni rupanya. Ikan ini bila digoreng boleh makan sampai ke tulang kerana tulang ikan jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: AishahYap

Baca juga: “Bau Daun Kari Tak Hilang”, Rahsia Simpan Daun Kari Hingga Berbulan-Bulan, Ini Rahsianya..

tags: | |