Sosej atau popular dipanggil hotdog sememangnya hidangan sedap dan boleh digandingkan dengan apa sahaja seperti roti dan nasi goreng.
Biasanya, kita membeli sosej frozen untuk dimasak kan? Tapi untuk jimat dan lagi sedap serta sihat, kita boleh buat sosej homemade padu ni sendiri tau.
Jadi tunggu apa lagi? Jom kita buat sosej homemade padu dan menjadi kesukaan ramai ini.
Wanita Ini Kongsi Resipi Sosej Homemade Padu, Lagi Sedap & Sihat. Anak-Anak Pasti Suka!
Bahan-Bahan:
- 4 ketul bahagian isi ayam
- 2 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 ke 2 ulas bawang merah
- 2 batang lobak merah
- 1 batang saderi
- 2 sudu kecil mushroom seasoning
- 1 tin cendawan butang
- mixed shredded cheese
- 3 sudu besar butter yang dicairkan (bukan 3 butter kemudian cairkan tau, 3 sudu yang dah cair)
- garam secukupnya
Cara Penyediaan:
- Kisar semua bahan kecuali cheese. Bila sudah hancur baru tambah cheese jika suka dan masukkan dalam piping bang.
- Lalu, pipekan ke dalam sausage mould. – Boleh beli sausage mould (acuan) di sini (https://shope.ee/3VJ4tLrgrx)
- Seterusnya, kukus sehingga masak.
- Siap!
Siap sudah cara untuk buat sosej homemade padu sedap dan best ni. Tentunya semua akan suka. Bolehlah buat untuk anak-anak kan? Nak tambah sayur pun boleh.
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat dan selamat mencuba semuanya.
Sumber: Norhidayah Mohd Aripin
Baca juga: Ini Cara Sediakan Sambal Gesek N.9 Paling Simple Tapi Sedap, Memang Merecik Hingga Berasap Telinga! Korang Kena Cuba