Post kali ini kami berikan kepada anda resepi yang paling mudah untuk dibuat iaitu cheesekut leleh. Ia tidak memerlukan oven atau dapur, hanya sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang.
Bahan-Bahan:-
- Susu full cream
- Susu pekat manis
- Cream cheese tatura 550g
- Biskut lemak
Cara Memasak:-
- Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.
- Masukkan 1 tin susu pekat. Kacau sebati.
- Masukkan susu full cream ikut citarasa anda. Kacau lagi.
- Hancurkan beberapa keping biskut lemak tersebut.
- Letakkan susu full cream ke dalam mangkuk dan celupkan biskut ke dalam susu dan susun di atas tray.
- Letak cream cheese yang digaul tadi ke atas biskut dan taburkan biskut yang dihancurkan tadi.
- Ulangi langkah tersebut sehingga penuh tray.
- Sejukkan di dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan siap untuk dimakan.
Selamat mencuba semua. Harap resepi ini dapat membantu anda.