Sayur sawi menjadi antara pilihan sayur rakyat Malaysia yang disukai ramai. Masak secara goreng, bersantan, atau apa sahaja hidangan, pasti ia akan membangkitkan selera makan.
Untuk kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi hidangan sayur sawi yang lain dari lain. Jika korang belum mencuba Sawi Jeruk Homemade ini, baguslah dicuba untuk kepuasan yang mantap.
Biasanya, Sawi Jeruk dibeli di kedai-kedai atau pasar sebagai penambah rasa ketika makan. Ada juga yang hanya ratah sahaja kerana sedap dimakan masam-masam.
Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba perkongsian Ija Honey ni tau! Pasti sedap.
Resipi Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan, Pembangkit Selera Ketika Makan
Bahan-bahan:
- 1 kg sawi (Kai Choy)
- garam kasar secukupnya
Cara Penyediaan:
- Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
- Lumur garam kasar pasa seluruh kelopak sawi.
- Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
- Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
Bahan Air Rendaman/Air Perapan:
- 3 liter air
- 500 gram garam
- 3 sudu makan tepung beras
- serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
- Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan.
- Bila air garaam telah sejuk, mauskkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut.
- Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan.
- Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.
Siap! Selamat mencuba dan menikmati. Memang sedap!
Sumber: Ija Honey
Baca juga: Ini Resipi Buat Air Asam Bikin Ketagih Untuk Diet, Cara Buat Paling Senang. Buat Banyak-Banyak Lepas Tu Letak Dalam Bekas!