Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kedai Jual Satay Cheese Leleh Jadi Bualan Ramai, Ramai Tertarik Untuk Cuba Keunikannya

Kedai Jual Satay Cheese Leleh Jadi Bualan Ramai, Ramai Tertarik Untuk Cuba Keunikannya

Kategori:
Satay Cheese Leleh

Inovasi keju dalam makanan tidak asing lagi dalam industri makanan di Malaysia. Antara makanan yang diinovasikan dengan hidangan cheese adalah pisang goreng, roti canai dan pelbagai makanan yang biasanya dikaitkan dengan ‘viral’.

Baru-baru ini, tular tentang inovasi satay yang disalut dengan keju menjadi tumpuan orang ramai hingga mencetuskan perdebatan.

Kedai Jual Satay Cheese Leleh Jadi Bualan Ramai, Ramai Tertarik Untuk Cuba KeunikannyaSatay Cheese Leleh

Penjualan satay berkenaan mendapat respon yang pelbagai dari netizen selepas PerakFood membuat hantaran video tentang Satay Cheese Leleh tersebut.

Satay Cheese Leleh yang dijual oleh Abg Kay di Ipoh Perak mendapat sambutan yang hangat kerana orang ramai ingin mengetahui rasa satay yang disalut dengan cheese berkenaan.

Harga yang ditawarkan pula adalah RM2 untuk secucuk Satay Cheese Ayam dan RM2.20 untuk Satay Cheese Daging. Manakala sesiapa yang ingin mencuba Satay Cheese Extravaganza pula dikenakan RM2.50.

Ia juga dijual dalam bentuk set dengan Nasi Goreng Selambak + Ayam Seekor. Satay Cheese Leleh Satay Cheese Leleh Satay Cheese Leleh

Selepas hantaran Satay Cheese Leleh tular di media sosial, hal itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang menontonnya. Pelbagai komen yang dilontarkan mengikut citarasa dan pendapat masing-masing.

“Rasa nak try rasanya macam mana sebab first time tengok…”, kata netizen dengan nama Amir.

“Cheese leleh tak sedap in tthe first place tapi letak kat sate. Yang sedih berlemak dan rasa asli sendiri. Lagi lah masuk. Cukup-cukup lah please, tolong. Makanan omputeh komersial yang takda soul kita tak patut mix dengan makanan tempatan yang lagi sedap,” kata netizen lain.

Lain Orang, Lain Citarasa

Apa-apa pun, masing-masing punya pendapat sendiri tentang citarasa sesuatu makanan.

Sesiapa yang ingin mencuba Satay Cheese Leleh, bolehlah berkunjung ke kedai seperti maklumat di bawah.

Lokasi: Satay Cheese Leleh Abg Kay Fair Park Ipoh

Sumber: Perak Food

Baca juga: Peniaga Suami Isteri Jual Teh ‘O’ 50 Sen, Balas Kebaikan Penderma Tolong Anak Sembuh Dari Leukimia

tags: | |