Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Daging Halia Versi Cina Muslim, Senang & Sedap. Bahan Pun Mudah!

Resipi Daging Halia Versi Cina Muslim, Senang & Sedap. Bahan Pun Mudah!

Kategori: ,
Daging Halia Versi Cina Muslim

Jika korang berkunjung ke restoran Cina Muslim, hidangan Ginger Beef atau Daging Halia pasti menjadi antara hidangan yang menggiurkan dan selalu dipesan ramai.

Jadi kalau sesiapa yang teringin nak masak Daging Halia Versi Cina Muslim ni, bolehlah rujuk resipi yang Daily Makan kongsikan di bawah. Resipi ini terdahulunya dikongsikan oleh Wan LuQman. Jom masak bersama!

Resipi Daging Halia Versi Cina Muslim, Senang & Sedap. Bahan Pun Mudah!

  1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.Daging Halia Versi Cina Muslim
  2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jaging. Kuantiti bahan ikut kuantiti daging. Ketepikan.Daging Halia Versi Cina Muslim Daging Halia Versi Cina Muslim
  3. Sediakan bahan untuk kuah. Buat air bancuhan tepung jagung dan air bancuhan sos tiram. Bancuh 1.5 sudu besar sos tiram campur dengan 6 sudu besar air. Sediakan jugaa hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.Daging Halia Versi Cina Muslim
  4. Cara menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letak minyak, kemudian alihkan minyak tinggalkan sedikit sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat di kuali. Sebab menu ini daging kena lembut dan moist.Daging Halia Versi Cina Muslim
  5. Masukkan daging dan goreng. Masuk satu persatu supaya tak melekat. Kacau, tak perlu goreng lama. Jangan sampai garing. Kita nak ddaging lembut dan moist.
  6. Rehatkan daging seketika.Daging Halia Versi Cina Muslim
  7. Kemudian masukkan bawang halia dan daun bawang.Daging Halia Versi Cina Muslim
  8. Masukkan daging.Daging Halia Versi Cina Muslim
  9. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi dan masukkan secubit lada hitam.Daging Halia Versi Cina Muslim Daging Halia Versi Cina Muslim
  10. Lihat kuah, kalau tak pekat baru campur air bancuhan tepung jagung Kalau dah cantik kepakatan, tak perlu.Daging Halia Versi Cina Muslim
  11. Masukkan daun bawang lagi.Daging Halia Versi Cina Muslim
  12. Gaul sekejap dengan api kuat. Siap untuk dihidang!Daging Halia Versi Cina Muslim

Taraaa inilah hasilnya. Dah siap kita punya Daging Halia versi Cina Muslim. Ternyata memang senang dan mantap rasanya. Nak ratah boleh, nak makan dengan nasi panas-panas pun boleh.

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Resipi Korean Wrap Berasaskan Sayuran, Memang Pilihan Sesuai Buat Korang Yang Nak Amalkan Pemakanan Sihat & Menyelerakan!

tags: | |