Hurmm.. Nak masak apa agaknya hari ini. Apa kata kita cuba buat manisan pula. Hari ini kita akan cuba buat resepi chocolava cake tanpa oven. Siapa yang nak cuba jom kita ikuti resepi di bawah ini.
Bahan yang diperlukan:
- 3sdm tepung terigu pro sedang
- 2 sdm gula pasir
- 2 butir telur dan 1 sechet SKM coklat
- 2 sdm margarin
- 60gram coklat dcc dan garam 1/4 sdt
- 2 sdm coklat bubuk
Topping :
Cara-cara membuat chocolava cake:
- Cairkan coklat masakan bersama margerin(double boiling)
- Apabila coklat telah cair angkat dan sejukkan dahulu
- Didalam bekas lain pecahkan telur dan masukkan gula pasir
- Kacau sehingga sebati
- Masukkan tepung terigu dan coklat bubuk serta garam secara diayak
- Kacau hingga rata
- Masukkan susu kental manis
- Masukkan bahan yang telah dicairkan tadi
- Kacau sehingga rata
- Masukkan adunan ke dalam jug untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam bekasnya
- Tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam jug
- Masukkan ke dalam bekas yang telah dioleskan margerin
- Kukus selama 8 minit
- Hiaskan permukaannya dengan gula halus atau mengikut cita rasa sendiri
Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :
Kredit Oleh : Mama Adeeva