Bila sebut sahaja Mee Goreng Basah mesti terbayang mee dengan rasa kuah yang cukup mantap dan ditambah pula dengan seafood di atasnya, meletop bak hang.
Resipi ini sangat mudah dan tak renyah langsung. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Memang tak rugi kalau nak cuba masak dijamin sedap sangat.
Jom kita ikuti perkongsian resipi lengkap mee goreng basah style Che Nom di bawah ini. Selamat mencuba.
Resipi Mee Goreng Basah
Bahan-bahan:
- 1 paket mee kuning
- 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
- 2 sudu besar cili kisar
- Hirisan kek ikan
- 3-4 sudu besar sos cili
- kicap manis secukupnya
- 2 sudu besar sos tiram
- 7-8 ekor udang, buang kepala
- 3 ekor sotong
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 biji tomato, potong 8
- 1 mangkuk air rebusan kulit udang
- Batang sawi
- Sayur daun sawi
- Taugeh
Bahan-bahan untuk hiasan:
- Bawang goreng
- Hirisan daun bawang
- Hirisan cili merah
- Limau kasturi
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
- Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
- Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
- Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.
Mudah sahaja kan nak buat Mee Goreng Basah ini? Sekali rasa memang jatuh cinta. Kalau nak lebih jelas lagi, mungkin anda boleh lihat resepi di bawah ini.
Baca juga: Resepi Mee Udang Kuala Sepetang Yang Sedap, Makan Sekali Tak Cukup Sepinggan Tau!