Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Pau Sambil Menari Tarian Melayu, Cara Unik Promosi Peniaga Ini Tarik Minat Orang Ramai Membeli

Jual Pau Sambil Menari Tarian Melayu, Cara Unik Promosi Peniaga Ini Tarik Minat Orang Ramai Membeli

Kategori:
Pau Premium Abang Manis

Tarian kesenian tradisional yang makin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini mencerminkan tantangan dalam melestarikan warisan budaya.

Banyak generasi muda kini lebih tertarik pada hal-hal yang bersifat moden dan mengikuti tren terkini.

Lain pula kisah dengan anak muda di Johor ini.

Team Pau Premium Abang Manis Mempromosikan Jualan Pau Sambil Menaikkan Tarian Kesenian

Seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, Team Pau Premium Abang Manis yang terdiri daripada anak seni budaya Negeri Johor berusaha untuk memartabatkan tarian-tarian kesenian tersebut.

Pau Premium Abang Manis

Mempromosikan jualan pau pelbagai bentuk seiring dengan intinya yang sedap, ramai yang tertarik melihat cara unik berkenaan. 

@paupremiumabangmanis

Selain dari menjual Pau pelbagai bentuk seiring dgn intinya yg sedap, kami semua team PAU PREMIUM ABANG MANIS adalah anak seni budaya negeri Johor.. Selain dari membeli, kami juga berusaha memartabatkan tarian2 kesenian yg ada di negeri Johor.. Sesiapa nk tgk persembahan kami, boleh hadir ke booth kami yg bertapak di Zon D, Khemah No 20 di FESTIVAL LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG ya.. 😊🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #johor #johorbahru #johorfood #paupremiumabangmanis #festivallayanglayang2024 #johordarultakzim #pasirgudang #zapinmelayu

♬ original sound – Pau Premium Abang Manis – ABANGMANIS

Suka dan bangga tengok anak anak muda berwawasan macam ni…congrats!!!”

Pau Premium Abang Manis

“Bagusnya..marketing promo dgn tarian zapin…viral dah dik goodjoob…moga rezeki bertambah2 hendaknya org johor hadir”

Pau Premium Abang Manis

“Terbaik, Content 2 Salam Satu Bijak, Semoga Sentiasa Lancar Rezeki Pau Premium Abang Manis” – Netizen

Melalui kisah ini, penjual perlu kreatif dalam mempromosikan jualan mereka supaya dapat menarik lebih ramai pembeli.

Sumber: Pau Premium Abang Manis

Baca juga: Peniaga Nasi Briyani Kukus Padu Bagi Jualan Percuma Kepada Pelanggan Ibu Mengandung Di Bazar Ramadan, Tak Perlu Bayar & Beratur

tags: | |