Korang tengah tercari-cari resipi hidangan bersup yang ringkas dan dalam masa yang sama sedap rasanya?
Jadi, korang boleh rujuk resipi yang dikongsi oleh Marini Ismail ini. Katanya, menu ini memang cepat masak, sihat dan berkhasiat. Tak payah tumis pun, main campak-campak sahaja dah siap!
Walaupun ringkas, Sup Clear Seafood Vege ini sangat sedap dan beraroma tau. Bahan yang wajib ada adalah serbuk lada putih dan minyak bijan. Barulah rasa sup lebih mantap dan sedap dihirup panas-panas.
Kalau nak pedas, boleh lah makan dengan Cili Padi Kicap atau sos cili ala Johnys.
Sup ini sememangnya sesuai makan dengan kuetiau, bihun ataupun mi shabu. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.
Ini Resipi Sup Clear Seafood Vege, Hidangan Sihat & Sedap Sesuai Buat Seisi Keluarga
Bahan-bahan:
- 5 – 7 ulas bawang putih – cincang halus
- white fishball/ fishball ikan putih
- seafood Tofu – potong kecil
- filament ketam – potong kecil
- cendawan inoki – potong kecil
- sawi bak choy – dipotong
- serbuk lada putih
- mushroom seasoning
- garam secukup rasa
- minyak bijan
- air secukupnya
Cara penyediaan:
- Panaskan air dan masukkan bawang putih yang dicincang.
- Bila sudah mendidih, masukkan fishball, seafood tofu dan cendawan inoki.
- Kemudian boleh lah perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan minyak bijan dengan secukupnya.
- Akhir sekali, baru masukkan bak choy dan filament ketam.
- Didihkan dan tutup api. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama nasi, bihun, kuetiau dan mi.
Dah siap Clear Sup Clear Seafood Vege kita. Memang mudah kan? Kalau korang nak resipi sup sihat lain, bolehlah rujuk resipi sup ala Chinese pula. Memang berbaloi!
Sumber: Marina Ismail
Baca juga: Khas Untuk Penggemar Memasak Cara Ekspres, Ini 7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu. Wajb Cuba!