Pengalaman seram merupakan sesuatu yang tidak mungkin akan dilupakan. Bahkan, setiap orang pasti mempunyai pelbagai cerita seram yang ingin dikongsikan. Ia turut menjadi sesuatu yang boleh diceritakan pada anak-anak pada masa hadapan dan jadi pengajaran buat si pendengar.
Dalam usaha kita untuk mencari rezeki, pelbagai dugaan yang akan datang. Malah, ramai yang sudah menjadi mangsa gangguan makhluk halus ketika sibuk berkerja. Para food rider juga sering terkena dengan pelanggan ‘misteri’, jadi mesti ramai yang ingin berkongsi pengalaman masing-masing.
Seperti di laman TikTok baru-baru ini, seorang abang Foodpanda berkongsi pengalaman ‘seram’ yang pernah dihadapi olehnya menerusi akaunnya, fik.ry__.
Terima pesanana oleh seorang pelanggan yang tinggal di sebuah flat, pelanggan tersebut meminta pada lelaki itu untuk menghantarkan pesanan tersebut sehingga ke pintu oleh kerana sedang menjalankan kuarantin. Memahami akan situasi pelanggan tersebut, dia tiada masalah untuk menaiki tangga semata-mata untuk menghulurkan makanan tersebut di depan pintunya.
Namun begitu, lelaki itu mula berasa tidak enak melihat keadaan flat itu yang sudah usang dan ditinggalkan. Apabila tiba sahaja di aras empat, lokasi pelanggan itu, dia berasa seram melihat keadaan rumah yang ditinggalkan, tingkap pecah, perabot bersepah dan tidak berpenghuni.
Tidak ingin berada di sana terlalu lama oleh kerana sudah berasa tidak sedap hati, lelaki itu segera turun dari aras itu dan cuba menghubungi pelanggan tersebut. Menjawab panggilan, alangkah terkejutnya apabila pelanggan memaklumkan bahawa dia rupanya tersalah block sahaja! Berasa lega, dia segera pergi menghantarkan pesanan tersebut. Nasib baik pelanggan itu ‘wujud’, ingatkan pelanggan ‘misteri’ mana lah pula.
@fik.ry__ Ujian betul kerja Panda ni 😂 🐼 #fypシ #fyp #xyzbca
♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
@fik.ry__Ujian betul kerja Panda ni 😂 🐼 ##fypシ ##fyp ##xyzbca♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ kerana tertipu oleh video lelaki itu. Ingatkan nak berkongsi pengalaman seram tapi akhir sekali terkena juga.
Nasib baik juga pelanggan itu cepat-cepat menjawab panggilan. Jika tidak, boleh demam abang foodpanda itu dibuatnya kerana sudah terkena dengan pesanan ‘misteri’.
Siapa sahaja yang tak akan cuak bila berada di situasi abang Foodpanda itu. Maklumlah baru-baru ini ramai sangat rider yang ‘terkena’ dengan gangguan makhluk halus yang suka memesan tapi bila tiba di lokasinya, seram dan tiada orang.
Kredit: TikTok fik.ry__
Baca Juga: Ah Long Singapura Guna Foodpanda Untuk ‘Hantui’ Peminjam Supaya Membayar Hutang