Berkerja sebagai seorang penghantar makanan mempunyai cabarannya tersendiri. Bukan sahaja perlu melayan kerenah pelanggan yang banyak celoteh, tapi ketika di jalan raya, perlu juga berhati-hati. Jika tidak, pelbagai kemalangan yang mungkin akan berlaku.
Namun, tanggungjawab tersebut bukan sahaja pada mereka, malah pengguna lain juga perlu peka dan berhati-hati ketika di atas jalan. Bila kejadian malang berlaku, pasti akan berlaku perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan.
Di laman TikTok, seorang pengguna telah memuat turun sebuah video yang memapar sebuah pergaduhan yang berlaku baru-baru ini. Mereka yang terlibat adalah seorang penghantar makanan dari Grab, ditemani oleh seorang wanita dan beberapa pejalan kaki yang merakam pertengkaran tersebut.
https://www.tiktok.com/@onlysingaporefans/video/7018149757021424898?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@onlysingaporefans♬ original sound – OnlySingaporeFans
Disyaki, perkara tersebut tercetus setelah pekerja Grab tersebut menaiki basikal elektrik terlalu melulu sehingga hampir terlanggar pejalan kaki.
Tampil berang, pekerja Grab terus menuju ke arah penjalan kaki dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati ketika berjalan dan jangan terlalu leka bermain game dalam phone.
Di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang berasa bahawa pejalan kaki perlu berhati-hati meskipun berada di laluan khas.
Namun, ada juga warganet yang tampil untuk mempertahankan pejalan kaki. Mereka berpendapat bahawa lelaki itu yang salah kerana menggunakan basikal elektrik di atas jalan laluan pejalan kaki.
Tak kira lah siapa yang salah. Yang penting, kedua-dua pihak perlu lebih berhati-hati ketika di luar, terutamanya di atas jalan. Semoga tiada siapa yang tercedera dari kejadian tersebut.
Kredit: TikTok onlysingaporefans
Baca Juga: Langsung Tak Peduli Badan Basah Kuyup, Abang Grab Ini Kutip Sampah Tengah Jalan Elak Laluan Tersekat