Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Murid Tak Cukup Duit RM2 Nak Beli Makanan, Abang Kantin Halalkan Siap Ajar Ambil Duit Baki Lagi. Sikapnya Sentuh Hati Orang Ramai

Murid Tak Cukup Duit RM2 Nak Beli Makanan, Abang Kantin Halalkan Siap Ajar Ambil Duit Baki Lagi. Sikapnya Sentuh Hati Orang Ramai

Kategori:
abang kantin

Bermulanya sesi persekolahan pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan sesi persekolahan negeri-negeri lain pada 20 Mac hingga 10 Mac 2024 melihatkan pelbagai reaksi murid-murid.

Ada yang menangis, ada yang teruja dan ada yang masih takut-takut dengan persekitaran baharu apabila dihantar oleh ibu bapa di sekolah. Tetapi apa yang pasti, azam yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh anak-anak untuk sentiasa ingin belajar dunia baru di sekolah sana.

Murid Tak Cukup Duit RM2 Nak Beli Makanan, Abang Kantin Halalkan Siap Ajar Ambil Duit Baki Lagi. Sikapnya Sentuh Hati Orang Ramai

abang kantin

Menyebut tentang hal itu, sebuah video yang tular tentang seorang lelaki yang merupakan penjual makanan kantin menyentuh hati orang ramai. Ini kerana, tindakannya mengajar murid-murid tentang berbelanja dan kemanusiaan ditunjukkkan olehnya.

Melalui video berkenaan, dia menunjukkan tentang kisah berbagi kasih sayang dan ilmu. Dia yang menjual nasi goreng dan mi goreng di Sekolah Kebangsaan Haji Salleh Masri, Kedah dengan harga RM2 menceritakan bagaimana murid yang tidak cukup wang belanja dan mengajar murid mengambil baki dan menyimpannya.

abang kantin

@apex.20Baru sempat post firstday sekolah♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Melihat ruangan komen, tindakan dan sikapnya itu menarik perhatian ramai. Netizen menyatakan mereka tersentuh hati dengan kelakuan dan kisah-kisah yang ditunjukkan oleh abang kantin tersebut.

“Tersentuh hati saya tengok adik yang bawa RM1 tu. Maybe dari family yang susah, Teringat waktu kecil dulu. Semoga murah rezeki bang!”, tulis seorang netizen dengan nama Nadry.

“Bang, kalau saya transfer dekat abang RM10, topup dekat adik seringgit tu selama 20 hari boleh tak. Abang ambil RM1 dekat dia. RM1 lagi tu saya topup dengan RM20 tu. Kalau boleh,” komen Uwais.

“Bagusnya abang kantin, macam ni mak pak tak risau!”, kata Adam hawa.

Bagus Abang Kantin, Kalau Macam Ni Mak Pak Pun Tak Risau

abang kantin

 

Semoga segala perilaku dan kebaikan abang kantin in tersebar luas dan memberi tauladan kepada kita untuk sentiasa berbuat baik. Min doakan semoga segala urusan dipermudahkan buat semua.

Sebarkan kebaikan, sebarkan kemanusiaan.

Sumber: apex20

Baca juga: Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak, Tindakan Mulia Pelanggan Ini Buat Ramai Terharu

tags: | |