Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Susah Diaorang Tumpang Kita, Bila Senang Kita Tumpang Diaorang..” Adik Tak Mampu, Wanita Ini Sanggup Bantu. Siap Belanja Makan Lagi!

“Susah Diaorang Tumpang Kita, Bila Senang Kita Tumpang Diaorang..” Adik Tak Mampu, Wanita Ini Sanggup Bantu. Siap Belanja Makan Lagi!

Kategori:
ADIK BERADIK

Hubungan adik beradik seharusnya dijaga dengan elok. Selain dari mak dan ayah serta kawan-kawan, mereka lah orang terdekat yang kita boleh harapkan ketika susah senang.

Jadi, jika anda mempunyai adik beradik, jagalah hubungan itu sesungguhnya adik beradik juga merupakan amanah kita. Sangat menyedihkan bila terdengar pelbagai kisah pergaduhan diantara ahli keluarga sehingga wujud perasaan dendam.

Dalam hidup, jangan abaikan adik beradik anda. Sedikit sebanyak, kita bantu mereka ketika kesusahan. Contohilah sikap mulia wanita ini yang tidak keberatan untuk belanja adiknya di waktu sukar.

Kakak Sedia Bantu Adik

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh kinbougas, dia telah tampil untuk bantu adiknya ketika susah. Kehabisan bahan mandian, wanita itu segera mengajak adiknya untuk pergi beli di kedai terdekat. Selain itu, dia turut membelanjakan mee goreng untuk dimakan dalam kereta.

@kinbougasbantu each other :’)♬ original sound – Kinbougas

Tambahnya, keluarga mereka menghadapi waktu yang sukar kerana mak dan ayah mereka sudah tidak berkerja. Jadi, ia sudah menjadi perkara yang wajib untuk bantu satu sama lain untuk mengharungi hari-hari yang penuh cabaran.

Susah Senang Kita Bersama Mereka

Di ruangan komen, warganet turut memuji tindakan wanita itu kerana tidak keberatan untuk membantu adiknya ketika susah dan baru sahaja melangkah ke dunia dewasa setelah habis SPM.

ADIK BERADIK ADIK BERADIK

Dengan adik beradik, sewajarnya kita tidak terlalu berkira. Dimana kita boleh bantu, kita bantu. Hapuskan sebarang perasaan tamak dan dengki kerana mereka merupakan darah daging kita. Jagalah silaturahim itu sehingga ke liang lahad.

Kredit: TikTok kinbougas

Baca Juga: “Setiap Hari Jual Tisu Dekat Kedai Walaupun OKU..” Lelaki Ini Berasa Teruja Bila Dapat Bertemu & Bantu Sahabat.

tags: |