Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini Sahaja! Kesannya Sangat Power!

Ini Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini Sahaja! Kesannya Sangat Power!

Kategori: ,
detox

Siapa sahaja yang tak mahu kurus dan sihat, kan? Sememangnya ia menjadi idaman semua orang, tak kira perempuan ataupun lelaki. Meskipun sekarang terdapat pelbagai jus, suplemen dan ubat kurus, sebaiknya kita mencuba cara yang lebih sihat dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Bagi anda yang ingin kurus dan sihat, boleh lah cuba resepi air detox yang ringkas tapi power! Resepi yang dikongsikan oleh Leha Yusuf ini cuma menggunakan dua bahan sahaja jadi tak perlu lah anda bersusah payah mencari bahan.

Resepi Air Detox Untuk Kurus

Bahan-Bahan

Cara-Cara Penyediaan Dan Pengambilan

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Simpan semalaman dalam peti sejuk.
  3. Minum segelas setiap hari sebelum sarapan. detox

Bau kayu manis ceylon dengan epal merah memang mengharumkan. Air ini mempunyai rasa yang masam-masam manis dari epal merah itu. Air detox ini juga boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari. Sesiapa yang cuba memang kata best!

Bila perut lawas, badan bertenaga plus slim lagi. Anda pun boleh lah cuba. Yang penting, bahan kayu manis ceylon itu wajib digunakan kerana ianya dapat meningkatkan metabolisme badan, mengurangkan kolesterol, mencairkan lemak yang degil dan banyak lagi.

detox

(Kayu manis Ceylon)

Buat anda yang ingin mendapatkan badan yang kurus dan sihat, boleh lah amalkan air detox ini setiap hari. Tak salah pun jika kita cuba cara ini kerana ia tidak menggunakan apa jenis bahan kimia.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Kredit: Leha Yusuf

Baca Juga: Tanpa Ubat, Wanita Ini Berjaya Turun 14Kg! Perbezaan Yang Ketara, Ini Jadual Makanan Diet Yang Diamal Olehnya!

tags: |