Korang pernah dengar atau amalkan sendiri ke petua makan ais krim vanilla kalau sakit tekak? Kita kena makan ais krim vanilla untuk meredakan kesakitan dan menyejukkan tempat bengkak dalam tekak kita tu?
Tetapi, hal yang berbeza dinyatakan oleh seorang doktor berpengalaman tentang hal makanan ini di Facebook. Dia mula menulis tentang anak-anak dan makanan sejak tahun 2017 lagi dan mula aktif kembali pada pertengahann tahun 2020.
Menurutnya, ibu bapa haruslah elakkan memberi ais krim vanila waktu anak sakit tekak. Jelasnya, aiskrim inilah sebenarnya mungkin membuat radang tekak tak baik-baik.
“Ais, yang ni memang boleh kurangkan sakit,
“Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergelit mainn basikal, kita letak ais.
“Ais, hanya untuk kurangksan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahakan radang pada tekak anak,” jelasnya pada satu hantaran di Facebook berkenaan isu bagi ais krim vanila waktu anak sakit tekak.
Tambahnya lagi, bahan yang terkandung dalam ais krim vanilla yang membuatkan ia tidak elok untuk diberi kepada anak-anak demi menyembuhkan kesakitan tekaknya.
“Ais krim vanila, banyak betul bahan ramuan dia. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan?
“Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nnak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanilla sebenarnya,
Dia juga menyatakan, walaupun ibu bapa membuat sendiri ais krim vanila yang dipercayai kandungan bahannya, ia tetap akan mengandungi sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak.
“Gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan bila anak tak sihat,”jelasnya.
Selain itu, dia mengakui pernah menasihati pesakit tentang perlu makan ais krim vanilla kepada pesakit cilik. Tetapi, selepas mendapat kesedarann mendalam, ia membetulkan pemahaman dan persepsinya akan hal ini.
“Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah bagitahu pesakit cilik untuk makan aiskirm vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. belum dapat kesedaran tentang makanan prosses lagi waktu tu. Sekarang, baru tahu semua ini.
Beliau berkata, adalah dibenarkan untuk memberi anak makan ais krim waktu anak tak sihat, tetapi haruslah bagi aiskrim dari buah.
“Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit. Inillah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun anak boleh masih makan.
“Kita cuba sama-sama ya,” terangnya.
Mungkin dengan info baharu ini, kita boleh ubah cara hidup dan kebiasaan kita kan? Ais krim buah pun sedap sangat selain sihat! Jom cuba amal sama-sama.
Sumber: Mazliana Mazlan
Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam Style Orang Jawa, Memang Rasa Lain Dari Mi Goreng Biasa