Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ajak Shiro ‘Hadiahkan’ Restoran Buat Ebby Yus Kerana Ingin Balas Jasa, Ramai Puji Hubungan Baik 2 Sahabat Ini

Ajak Shiro ‘Hadiahkan’ Restoran Buat Ebby Yus Kerana Ingin Balas Jasa, Ramai Puji Hubungan Baik 2 Sahabat Ini

Kategori: ,
Ebby Yus

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menghadiahkan cawangan kedua kedai makannya, Bumbu Babah di Pasar Seni untuk pelawak veteran, Ebby Yus uruskan dan berkongsi keuntungan atas dasar persahabatan terjalin.

Menurut Berita Harian, Ajak berkata, itu sahaja cara untuk membantu Ebby yang kini tidak lagi dapat bekerja berikutan komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang dan jantung.

Katanya, niat menghadiahkan cawangan berkenaan kepada Ebby bukanlah mahu bermegah-megah, sebaliknya membalas kebaikan pelawak veteran yang banyak berjasa kepada kerjaya seninya.

Ajak Shiro ‘Hadiahkan’ Restoran Buat Ebby Yus Kerana Ingin Balas Jasa, Ramai Puji Hubungan Baik 2 Sahabat Ini

“Saya terfikir macam mana nak tolong Ebby demi kelangsungan hidup, nak bagi bantuan setiap bulan saya pun bukannya orang berada.

“Jadi, itu sahaja cara saya dapat bantu Ebby. Hasil jualan untuk cawangan di Pasar Seni akan saya berikan kepadanya.

“Walaupun mungkin tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapatlah Ebby meneruskan kelangsungan hidup, membayar sewa rumah dan bil utiliti,” kata Ajak kepada BH Online.

Ebby Yus

Bagaimanapun, pelawak berusia 39 tahun itu berharap pemberian kedai makan berkenaan tidak akan menghentikan niat pihak lain untuk terus menghulurkan bantuan kepada Ebby Yus.

Ini kerana, kata Ajak, dia tidak tahu berapa keuntungan bakal diperoleh daripada kedai makan yang bakal memulakan operasi hari ini.

“Saya tak tahu berapa keuntungan kedai, tapi jika tak ada orang datang sekali pun, saya sudah sediakan upah asas untuk Ebby.

Ebby Yus

“Cuma, saya berharap mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, teruskan walaupun saya tahu Ebby bukan orang yang suka meminta-minta.

“Malah, untuk kedai ini pun, saya tak minta Ebby buat apa-apa, cuma sesekali datang memantau kedai,” katanya.

Ebby Yus

Menurut Ajak lagi, dia bukanlah ingin mengharapkan pujian, tetapi niatnya membuat video penyerahan cawangan restoran kedua miliknya kepada Ebby supaya peminat dapat memberikan sokongan kepadanya.

“Saya buat semua ini bukan mengharapkan pujian. Saya hanya ingin membantu rakan yang sedang dalam kesusahan kerana ramai anak seni yang tak terbela bila sudah uzur.

“Kalau ada pun bantuan mungkin tak seberapa. Jadi, mana tahu dengan tersebarnya video ini, orang ramai dapat memberikan sokongan kepada Ebby,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Jason Review Aiskrim Suka Dessert Rasa Biasa Dengan Rating 4.7/10 , Auntie Ja Balas Ulasan Dengan Positif & Terbuka

tags: |