Sempena Hari Raya Aidiladha, umat Islam seluruh dunia mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban. Selalunya daging lembu dan daging kambing sering menjadi pilihan untuk diagihkan.
Bila mendapat bahagian Qurban anda, seeloknya terus dibersihkan dan dimasak. Jangan pula dijadikan bahan mainan seperti yang dilakukan wanita ini!
Baru sahaja selesai melakukan ibadah Qurban di kampung, seorang wanita, ns_yoori berkongsi gelagat lucu yang telah dilakukan dengan bahagian kambing yang diperolehi.
Memperolehi bahagian paru-paru, wanita itu terus mengambil organ yang masih lagi segar dan kemerahan itu dan bermain dengannya.
Meniup paru-paru kambing tersebut seperti belon, wanita itu berasa terhibur apabila melihatnya mengembang dengan elok.
Tambahan, organ tersebut masih lagi belum dicuci tapi wanita itu dengan selambanya menghembuskan angin tanpa berasa loya atau kembang tekak dari bau daging yang sangat kuat.
Tak cukup dengan itu, rupa paru-paru kambing yang segar dan cantik juga membuat wanita itu memuji kambing yang baru sahaja disembelih kerana mempunyai organ yang bersih, beza dengan seorang perokok. Sempat pula dia mengusik!
@kekmatherealtor Bagus kambing ni tak merokok. Cantik paru2 dia 😂 #rayahaji2022
@ns_yoori Bagus kambing ni tak merokok. Cantik paru2 dia 😂 #rayahaji2022 ♬ POP! – NAYEON
Meninjau di ruangan komen video yang telah dikongsikan di media sosial, orang ramai turut berasa terkedu bagaimana wanita itu mampu meniup paru-paru tersebut dengan selambanya.
Baru sahaja selesai disembelih dan mentah, orang ramai tentu akan berasa loya tekak jika mencuba aksinya tapi dia boleh sahaja berbuat begitu tanpa merasai apa-apa.
Agak-agak anda berani tak untuk mencuba aksi wanita ini? Mestilah tak, kan? Kalau anda mendapat daging Qurban atau belum menghabiskannya lagi, janganlah jadikannya permainan pula. Ini pun nasib baik paru-paru itu tidak terbang!
Kredit: ns_yoori
Baca Juga: Masak Bihun Pun Tak Jadi, Wanita Ini Luah Rasa Penat Dapat Kakak Yang Tak Reti Masak