Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Masak Bihun Pun Tak Jadi, Wanita Ini Luah Rasa Penat Dapat Kakak Yang Tak Reti Masak

Masak Bihun Pun Tak Jadi, Wanita Ini Luah Rasa Penat Dapat Kakak Yang Tak Reti Masak

Kategori:
MASAK BIHUN

Tanggungjawab seorang kakak ini bukannya sesuatu yang mudah. Perlu menjaga adik-adik yang masih kecil, merekalah yang sering diperlukan untuk memasak dan mengemas rumah ketika ibu bapa terlalu sibuk dengan perkerjaan masing-masing.

Namun, tak semua orang beruntung untuk mempunyai seorang insan yang bergelar ‘kakak’ tapi ada ramai juga di antara kita yang tidak tahu menghargai usaha-usaha mereka.

Masak Bihun Pun Tak Jadi, Wanita Ini Luah Rasa Penat Dapat Kakak Yang Tak Reti Masak

Terkini, seorang wanita (identiti dirahsiakan) telah memuat naik sebuah video di lama media sosial untuk berkongsi masakan kakaknya yang begitu menghampakan.

Disuruh ke dapur untuk menggoreng bihun, kakaknya terus bergegas untuk menyiapkannya untuk seluruh keluarga. MASAK BIHUN

Tapi ketika wanita itu tiba ke dapur, dia berasa kecewa melihat bihun goreng yang telah dimasak oleh kakaknya. Kelihatan hancur dan melekat, bihun itu kelihatan rosak dan tak cantik untuk dihidangkan. MASAK BIHUN

Barangkali berasa geram dengan kakaknya, wanita ini luah rasa kecewa kerana mempunyai seorang kakak yang tidak tahu memasak hidangan semudah bihun goreng. MASAK BIHUN

Namun bila melihat di ruangan komen, orang ramai pula berasa tidak puas hati dengan video yang telah dikongsikan wanita itu.

Menurut seorang pengguna, nurnaofficial_ tindakan wanita itu tidak sepatutnya kerana ibarat membuka aib kakak sendiri di hadapan orang ramai.

Manakala pengguna cikakuya menasihatkan wanita itu untuk tidak cepat menghukum kakaknya. Tak semua masakan akan menjadi, malah menurutnya ibunya yang sudah berpengalaman juga ada waktu di mana masakannya tidak akan menjadi.

Buka Aib Kakak Sendiri, Ramai Yang Kecewa Dengan Tindakan Wanita Itu MASAK BIHUN

Sebagai seorang adik yang bertanggungjawab, janganlah kita semudahnya mengejek usaha kakak sendiri yang telah bersusah-payah untuk memasak buat kita.

Seharusnya, kita perlu tahu menghargai usaha mereka dan bukannya berbuat begini. Semoga hal ini menjadi satu pengajaran buat kita semua untuk tidak mengulangi sikap sebegini terhadap kakak atau abang sendiri.

Baca Juga: “Tengok Pun Dah Tak Lalu..” – Masak Sup Kepala Lembu, Orang Ramai Rasa Geli Sebab..

tags: | | |