Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » “Saya Amalkan Hampir 13 Tahun..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim Walau Cecah Umur 40

“Saya Amalkan Hampir 13 Tahun..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim Walau Cecah Umur 40

Kategori: ,
sup kurus

Ada diantara kita yang teragak untuk mengambil makanan berkuah ketika dalam proses diet. Jadi, kami kongsikan satu perkongsian dari Khairuzetti di Facebook berkenaan sup kurus yang diamallkan olehnya sejak 13 tahun.

Menurutnya, sup kurus yang diamalkan sejak bertahun lamanya ini merupakan rahsia dirinya menjadi kurus dan ramping pada angka umur 40 an. Rahsianya adalah sup sayur cendawan buat dan makan 3 hingga 4 kali seminggu.

Boleh campur dengan sayur sawi Jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu! berat badan dapat maintain 45 Kg + anak 4 orang + umur 39). Selamat memasak you alls!

“Saya Amalkan Hampir 13 Tahun..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim Walau Cecah Umur 40

Bahan-Bahan A:

  • 4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah (khasiat: bakar lemak + buang kolestrol)
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah (khasiat: bakar lemak)
  • 2 batang serai diketuk (khasiat: awet muda + bakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dalam badan)
  • 1 sudu minyak jagung

Bahan-Bahan B

  • 100 gram isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam) + rendaman kedua rendam dengan aiir garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam)
  • 1.5 liter air tapis

Bahan-Bahan C

  • Sawi
  • Cendawan tiram (khasiat: awet muda)
  • Gula kelapa perang organic secukup rasa
  • Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panas periuk dan tambahkan minyak masak.
  2. Tumiskan bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air bagi mendidih.
  4. Lepastu, masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api.
  5. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.
  6. Bila dah suam sikiit, masukkan gula perang dan garam bukit.

Amalkan sup kurus ini 4-5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan. Nanti kurus bagitahu tau! Makan ni je insyaAllah slim melim laju.

sup kurussup kurus  sup kurus

sup kurus

Info tambahan: (untuk dua individu berbeza)

  1. Tak boleh makan nasi, cepat naik berat. So makan sayur ni je lah, jangan tambah nasi.
  2. Makan nasi boleh, tapi tak boleh lepas pukul 6 petang. So you alls sesuaikan la ya ressepi ini untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ini sahaja selama 3 bulann atau mix sedikit nasi putih guna beras less kanji.

Selama mencuba dan merasainya sendiri!

Sumber: Khairulzettii

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Pes Tomyam Yang Sedap! Bekas Nampak Sama Tapi Rasa Yang Berbeza!

tags: | | |