Sebelum adanya pelbagai jenis produk penjagaan kulit, wanita dari Korea bergantung kepada makanan yang tinggi dengan antioksida untuk menjaga kesihatan kulit mereka. Ini merupakan sebab utama makanan Korea semakin mendapat populariti.
Bagi anda yang sudah mencuba pelbagai produk dari rata-rata tempat, tak kira samada dari dalam dan luar negara, namun kulit masih lagi kelihatan kusam dan rosak, mungkin anda perlu memeriksa diet anda. Ini kerana makanan juga memainkan peranan penting pada kesihatan kulit.
Bila kita tonton drama Korea, perasaan cemburu mesti timbul bila melihat kulit pelakon-pelakon mereka, tak kira lelaki atau perempuan kelihatan begitu flawless. Memang produk penjagaan wajah dan solekan memainkan peranan penting juga, namun tahukah anda makanan yang mereka amalkan menjadi antara sebab utama yang menjadikan kulit mereka kelihatan begitu sihat?
Jom kita kenali makanan yang rakyat Korea amalkan untuk kulit yang sihat.
Walaupun bau yang agak menyegat, Kimchi sangat bagus untuk kulit anda. Ianya antara makanan tradisi Korea yang makin mendapat populariti di serata dunia. Bagi anda yang tidak tahu, kimchi dihasilkan dari proses pemerapan sayur, terutamanya kubis cina atau lobak bersama dengan bawang putih, udang kering, sos ikan, halia dan serbuk cili kering (beli dekat sini).
Bukan saja merupakan satu trend, anda boleh mendapat pelbagai khasiat bila memakan kimchi. Kaya dengan vitamin A dan C, juga pribiotik, kimchi sangat bagus untuk kesihatan kulit.
Kalau orang Jepun suka bersarapan dengan sup Miso, orang Korea pula wajib bersarapan dengan sup rumpai laut. Ianya juga dinikmati pada hari lahir seseorang untuk menghargai ibu dan jasa mereka setelah melahirkan mereka.
Untuk pengetahuan anda, rumpai laut sangat kaya dengan vitamin A, C dan E yang bertindak sebagai antioksida. Ia juga dapat melindungi tubuh dari radikal bebas kerana kandungan flavonoid dan karetonoid. Semua ini sangat penting kepada kesihatan kita, rahsia kepada kulit yang awet muda.
Satu lagi sup dari Korea yang terkenal, Duenjang Jjigae merupakan kegemaran rakyat Korea. Dihasilkan dengan menggunakan pes kacang soya, ianya tinggi dengan vitamin E dan antioksida yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV.
Enak dinikmati samada sejuk atau panas, wanita Korea gemar nikmati teh barli sepangjang tahun. Ianya berfungsi untuk melancarkan pengedaran darah yang membantu kulit kita kelihatan anjal dan regenerasi sel-sel kulit. Cubalah gantikan kopi dengan teh barli untuk menjaga kesihatan kulit anda.
Kalau anda ingin dapatkan kulit yang setanding dengan bintang Korea, apa salahnya mengamalkan makanan Korea ini.
Cantik dan menawan, yang penting sentiasa sihat. Siapa saja tak nak, kan? Jom cuba dan jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan anda yang ingin menjaga kulit.
Kredit: Verve Magazine
Baca Juga: Amalkan Petua Ini Untuk Kulit Sihat Cantik & Glowing, Tak Perlu Beli Krim Mahal Dah