Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hati Kena Kuat..”, Anak Tidak Boleh Bercakap, Wanita Ini Tabah Menghadapi Cabaran Tersebut

“Hati Kena Kuat..”, Anak Tidak Boleh Bercakap, Wanita Ini Tabah Menghadapi Cabaran Tersebut

Kategori:
ANAK AUTISM

Autisme merupakan satu penyakit yang akan menggangu perkembagan saraf kanak-kanak. Hal ini akan menjejaskan perkembangan bahasa dan kemampuan mereka untuk berkomunikasi, berinteraksi, serta perilakuan mereka.

Oleh kerana menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi, ada juga penderita Autisme yang tidak pernah bercakap dan memerlukan rawatan pakar. Mereka memerlukan sokongan ibu bapa untuk menghadapi kesukaran tersebut. Jadi, ibu bapa perlu tabah bila perlu melayan kerenah anak istimewa itu.

Wanita Tabah Menjaga Anak Autism

Terbaru, seorang ibu yang dalam perjalanan pulang dengan anaknya yang menghadapi penyakit Autism, baru sahaja pulang setelah seharian meniaga di luar. Ketika sedang memandu, anaknya yang tidak mampu bercakap tiba-tiba sahaja mencapai tangannya untuk meminta ibunya membuka bekalan nasi yang dibawa kerana terlalu lapar. ANAK AUTISM

Kasihankan anak, wanita itu terus sahaja tergesa-gesa untuk pulang. Setelah sampai di rumah mereka, dia terus sahaja mencampak beg dan membuka tudung. Lalu bersila di hadapan pintu rumah mereka dan segera memberi anaknya makan nasi yang diminta. ANAK AUTISM

Wanita itu turut berasa bersalah terhadap anaknya kerana membiarkannya dalam keadaan yang lapar. Tambahnya, walaupun anaknya merupakan seorang anak Autism, dia bagaimanapun redha dengan hal tersebut dan cuba sedaya mungkin untuk tabah menghadapi ujian tersebut.

@nesha_ezneen #AtanAnakAutism ♬ original sound – dewi – dewiadja

Menjengah di ruangan video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, warganet turut memberikan kata-kata semangat agar wanita itu kekal tabah menjaga anaknya.

Semoga Tabah Menghadapi Ujian ANAK AUTISM ANAK AUTISM

Anak-anak yang dilahirkan dengan penyakit Autism merupakan insan istimewa yang perlu dijaga dan diberi semangat supaya mereka membesar dengan baik. Walaupun ianya agak mencabar untuk membesarkan mereka, ibu bapa perlulah tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Kredit: TikTok nesha_ezneen

Baca Juga: “Jangan Jadikan Anak Mangsa Keadaan..”, Adik Ini Melarikan Diri Ke Kedai Makan Gara-Gara Takut Lepas Diugut Ibu

tags: | |