Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Anak Hampir Dihempap Sinki Di Kedai Makan, Tapi Reaksi Ibu Bapa Pula Undang Rasa Marah Dari Orang Ramai

Anak Hampir Dihempap Sinki Di Kedai Makan, Tapi Reaksi Ibu Bapa Pula Undang Rasa Marah Dari Orang Ramai

Kategori:
DIHEMPAP SINKI

Anak-anak merupakan satu amanah yang sangat besar. Selain perlu mendidik mereka dengan ilmu dan nilai yang baik, para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat.

Jika dibiarkan, pelbagai hal boleh berlaku. Lebih-lebih lagi ketika kecil, anak-anak lebih cenderung untuk meneroka dunia keliling mereka dan tidak sedar akan bahaya yang wujud di merata tempat.

Sebagai contoh, kita boleh mengambil pengajaran pada satu kejadian malang yang telah menimpa seorang anak kecil di sebuah kedai makan.

Anak Hampir Dihempap Sinki Di Kedai Makan, Tapi Reaksi Ibu Bapa Pula Undang Rasa Marah Dari Orang Ramai

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai makan dan telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang ada. Pada malam tersebut, operasi perniagaan berlaku seperti biasa.

Kamera itu merakam situasi kedai yang tidak terlalu sibuk dan hanya mempunyai beberapa orang pelanggan, termasuk sebuah keluarga yang sedang makan bersama di sebuah meja. DIHEMPAP SINKI

Sambil menunggu makanan mereka tiba, dua orang anak kecil kelihatan mula berkeliaran dan menuju ke sinki yang berdekatan. Bermain, salah seorang dari mereka berpaut dan menarik sinki tersebut. DIHEMPAP SINKI

Namun perkara tak diduga berlaku apabila sinki tersebut tiba-tiba sahaja terjatuh dan menghempap adik kecil itu. Terjatuh di lantai, sinki itu berderai tanpa siapa yang tercedera. DIHEMPAP SINKI

Ibu mereka yang berhampiran hanya mampu melihat mereka sambil si ayah memanggil anaknya yang nyaris terkena sinki tersebut. Pekerja-pekerja yang ada turut keluar dari dapur untuk memeriksa bunyi yang mengejutkan itu.

https://www.tiktok.com/@azharpenjualjalanan/video/7117836818481040666

@azharpenjualjalanan♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Tapi di ruangan komen, reaksi ibu bapa anak-anak tersebut pula yang menjadi bualan orang ramai. Dilihat tidak prihatin dan bertanggungjawab menurut mereka, beberapa pengguna kecewa melihat cara mereka mengendalikan kemalangan tersebut.

Menurut pengguna, adamsmilesmile, seharusnya ibu bapa tersebut menegur tindakan anak-anak mereka yang kelihatan buas. Kalau berlaku apa-apa kecederaan, tentunya tuan kedai makan pula yang dipersalahkan.

Ibu Bapa Hanya Tengok, Orang Ramai Tak Puas Hati DIHEMPAP SINKI

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, seharusnya kita lebih berhati-hati dan memantau tindakan anak-anak. Nasib baik tiada yang tercedera dan jika anak-anak berbuat salah, ibu bapa pun perlulah menegur mereka dan tak seharusnya dibiarkan sahaja.

Sem,oga perkara ini menjadi satu pengajaran buat kita semua.

Kredit: azharpenjualjalanan

Baca Juga: Makan Tomyam Tiba-Tiba Dapat ‘Free’ Sarung Tangan, Wanita Ini Terkilan Dengan Aspek Kebersihan Restoran

tags: | |