Sudah bertahun-tahun Kentucky Fried Chicken (KFC) bertapak di tanah Malaysia, hampir semua generasi mengenali restoran makanan segera itu. Malah, ianya amat digemari oleh semua lapisan masyarakat dan ibu bapa juga suka membelinya untuk keluarga di rumah mereka.
Memandangkan wabak Covid-19 masih lagi berleluasa, orang ramai lebih gemar menikmati hidangan KFC di rumah. Lalu, ianya boleh dipesan di atas talian dan dihantar di rumah. Sungguh mudah. Pastikan anda memilih seseorang yang mampu memberi pesanan yang jelas di atas talian, jika tersalah ‘lantik’ orangnya, boleh tergelak pekerja KFC.
Baru-baru ini, gelagat comel seorang anak kecil memesan KFC di atas talian berjaya mencuri tumpuan warganet. Dikongsikan di laman TikTok menerusi akaun mipanzeze, sesiapa sahaja boleh berasa tergelak melihatnya.
Anak kecil itu memesan KFC menerusi sebuah panggilan sambil bercakap dalam longhat orang Utara. Walaupun baru sahaja berusia tiga tahun, setiap pesanan disebut secara jelas dan teliti. Apa yang dipesan olehnya adalah; ayam goreng perisa original, air mellow (Milo) dan kentang putar.
Selepas meletakkan pesanan tersebut, dia terus mengakhiri panggilan tersebut dengan ucapan selamat tinggal. Gelagatnya juga berjaya hiburkan individu di sebelah talian.
@mipanzeze ayaq mellloww jangan lupa #tumpanglalufyp #fyp #masukberanda #foryou #kfc
@mipanzezeayaq mellloww jangan lupa ##tumpanglalufyp ##fyp ##masukberanda ##foryou ##kfc♬ original sound – rose
Melihat di ruangan komen, gelagat anak kecil itu ketika membuat pesanan berjaya mencuit hati orang ramai. Malah, ada yang teringin untuk mendengarnya bercakap lagi.
Alahai, comelnya gelagat adik ini, kan? Jika anda ada beberapa pesanan yang ingin dibuat, boleh lah minta adik ini memesan KFC buat anda. Boleh lah mendengar suara comelnya lagi. Rasa amat terhibur melihatnya!
Kredit: TikTok mipanzeze
Baca Juga: “Nasib Baik Bahan-Bahan Tak Ke Tanah!” Gelagat Comel Peniaga Ini Buat ‘Trend’ TikTok Raih Perhatian