Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Minta Air Milo Tin Tiap Hari, Ibu Ini Tak Mampu Nak Beri. Akhirnya..

Anak Minta Air Milo Tin Tiap Hari, Ibu Ini Tak Mampu Nak Beri. Akhirnya..

Kategori:
minta air milo tin

Minuman coklat malt dari Nestle; Milo, sangat dikenali ramai. Semenjak tahun 1934, ia telah dipasarkan di seluruh dunia dan mendapat sambutan yang hangat, terutamanya di negara Malaysia.

Semua lapisan umur menggemarinya, terutamanya kanak-kanak. Selain dijual dalam serbuk, ia turut tersedia dalam kotak dan tin, mudah dan tak perlu dibancuh.

Namun akhir-akhir ini, harga Milo semakin meningkat ekoran kesan kenaikkan harga barangan dapur dari masa ke semasa. Perkara itu menyebabkan ramai terbeban, terutamanya para ibu yang mempunyai anak-anak yang menggemari minuman tersebut. Oleh itu, mereka perlu mencari cara lain untuk menunaikan permintaan anak-anak seperti yang telah dilakukan wanita ini.

Anak Minta Air Milo Tin Tiap Hari, Ibu Ini Tak Mampu Nak Beri. Akhirnya..

Mempunyai seorang anak kecil yang sangat menggemari minuman Milo tin, seorang ibu naddd.nad, berasa sangat rungsing apabila anaknya itu akan meminta minuman tersebut setiap hari. minta air milo tin

Sekali sekala tak mengapa tapi lama-kelamaan, tentu ia akan membebankannya kerana harga satu tin minuman boleh mencecah sehingga RM3. Walaupun begitu, dia juga tidak sampai hati untuk menolak permintaan anaknya.

Oleh kerana ingin mengawal perbelanjaan, ibu itu mendapat satu idea yang bernas supaya anaknya dapat menikmati Milo yang diminta dan dia juga dapat berjimat-cermat. minta air milo tin minta air milo tin

Mengambil satu tin Milo yang kosong, dia menuang minuman Milo yang telah dibancuhnya terlebih dahulu. Menurutnya; “Benda boleh recycle, kenapa nak beli baru?”.

@naddd.nad

Bila anak kau hari2 mintak air milo tin. Benda boleh recyle kenapa nak beli baru #milo #recycle #foryoupage #viralvideo #masukberanda #milomalaysia

♬ Happy Laughing – Sound Effect

@naddd.nad Bila anak kau hari2 mintak air milo tin. Benda boleh recyle kenapa nak beli baru #milo #recycle #foryoupage #viralvideo #masukberanda #milomalaysia ♬ Happy Laughing – Sound Effect

Di ruangan komen, orang ramai terhibur dan ada juga yang memuji idea bernas yang telah dikongsikannya. Lebih menjimatkan kos, si ibu hanya perlu guna semula tin yang ada dan bancuh sendiri minuman Milo untuk anak-anak.

Idea Yang Bernas, Netizen Puji minta air milo tin

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang gemar minum minuman tin dan memintanya setiap hari, boleh la guna cara yang telah dikongsikannya ini. Sangat menjimatkan kos dan tiada pembaziran, boleh juga kitar semula tin itu tapi pastikan membersihnya elok-elok dahulu.

Kredit: naddd.nad

Baca Juga: “Scam Diri Sendiri..” – Baru Saja Beria Dapat Beli Sotong RM1, Tapi Lain Pula Jadinya..

 

tags: | |