Perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab atau Food Panda sudah jadi keperluan buat masa kini. Macam-macam mana boleh kita pesan tak kira masa. Memang menjimatkan masa dan mudah untuk digunakan.
Tapi, ibu bapa yang daftar aplikasi ni kenalah berhati-hati bila berikan telefon ke anak-anak! Nanti lain pula jadinya.
Di Tiktok, seorang ibu meluahkan rasa terkejut bila abang Food Panda tiba-tiba datang ke rumah untuk menghantar 17 botol air boba dari Cool Blog! Mana datang semua air ini?
Menurut video yang dikongsikan, wanita itu yang dikenali sebagai Cikgu Lala, meluahkan rasa terkejut dengan tindakan anaknya yang telah memesan 17 air boba dari Cool Blog yang telah menyebabkan dia kehilangan wang sebanyak RM 150 untuk membayar air yang dibeli oleh anaknya menerusi aplikasi Foodpanda.
pengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang
Wanita itu berkongsi video itu untuk dijadikan pengajaran buat dirinya dan ibu bapa di luar sana agar berhati-hati bila memberi anak-anak bermain telefon agar kejadian ini tidak berulang lagi.
@cikgulalamamat pengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang
@cikgulalamamatpengajaran buat mama. anak main hp oder 17 cup air coolblog kat foodpanda. Rm150 terbang♬ original sound – CikguLala
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan telatah anaknya. Malah, ada juga yang tinggal komen positif pada wanita itu.
Namanya anak-anak, sebagai ibu-bapa pun rasa tak sanggup juga nak marah banyak-banyak bila dah jadi macam ini. Pesan dah pesan, bayar saja lah. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tahu ada rezeki tersembunyi disebalik dugaan ini.
Jadi, buat ibu bapa yang diluar sana, boleh lah ambil pengajaran apa yang terjadi. Jangan biarkan anak-anak bermain telefon tanpa pengawasan, takut nanti entah apa la pula dipesannya.
Kredit: TikTok Cikgu Lala