Restoran halal Jepun terkenal di Malaysia, iaitu Sushi King sudah menjadi kegemaran orang ramai. Semenjak pembukaan pertamanya pada tahun 1995, restoran itu makin berkembang pesat dengan lebih 100 buah cawangan di Malaysia.
Meskipun status halal Sushi King pernah diragui pada tahun-tahun sebelum ini, namun restoran itu berjaya mendapatkan kepercayaan orang ramai setelah mendapat sijil halal dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Semenjak itu, orang ramai berlumba-lumba untuk ke restoran itu untuk menikmati pelbagai hidangan Jepun yang enak dan halal. Malah, ada orang yang sangat menyukai hidangan di restoran itu sampai boleh ketagih dan leka.
Di laman TikTok, seorang pengguna aliffohbatik berkongsi sebuah pendek yang memaparkan gelagat comel anaknya ketika menikmati hidangan di Sushi King. Namun, kerana terlalu syiok makan di sana, akhir sekali anak kecil itu tersalah gigit jarinya tersendiri sambil menunjukkan kesan gigitan pada bapanya yang risau.
@aliffohbatik Hati2 makan kat sushi king beb. Selalu kena pantau anak kita makan #sushiking
@aliffohbatik Hati2 makan kat sushi king beb. Selalu kena pantau anak kita makan #sushiking ♬ original sound – Aliff
Di caption video tersebut, lelaki itu menasihati orang ramai untuk berhati-hati apabila di Sushi King, terutamanya para ibu bapa. Jika tidak memantau anak-anak, nanti tergigit pula jari sebab makanan sedap sangat.
Meskipun video tersebut tiada unsur negatif pada restoran tersebut, lelaki itu telah diserangi oleh beberapa warganet yang mendakwa bahawa lelaki itu sengaja mahu mencemarkan nama restoran itu.
Walaupun lelaki itu teruk dilanda kecaman, namun ada juga beberapa warganet yang tampil untuk mempertahankan lelaki itu dan menasihati yang lain supaya cuba memahami caption video itu dengan lebih elok.
Sebelum meninggalkan sebarang komen, seeloknya kita faham dengan lebih elok maksud yang ingin disampaikan. Jangan cepat negatif dan cuba memahami isinya terlebih dahulu. Kan tak manis jika kita mengecam seorang anak kecil?
Semoga selepas ini para ibu bapa juga lebih teliti ketika anak di Sushi King. Sedap sangat takut nanti tergigit jari lagi.
Kredit: TikTok aliffohbatik
Baca Juga: “Apa Nak Jadi Bapa Ko Ni?” Anak Teringin McD, Namun Lain Pula Yang Dilakukan Oleh Lelaki Ini.