Menjadi seorang bapa dan ketua keluarga bukanlah perkara yang mudah. Bukan sahaja sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga, seorang bapa juga perlu bersedia untuk melayan keperluan dan kerenah anak-anak yang tak pernah henti.
Bapa mana yang suka kecewakan anak-anak. Jika sudah sayang, apa yang anak minta sanggup ditunaikan meskipun tidak mampu. Perkara itu lah yang terjadi baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang bapa mencuba menunaikan keinginan anak-anak.
Video yang dimuat turun oleh remydamak di TikTok berjaya hiburkan orang ramai dengan gelagat seorang bapa apabila cuba untuk melayani kerenah dua orang anaknya yang teruja dan meminta untuk memesan makanan dari MCD.
Meskipun tidak mempunyai wang yang cukup untuk tunaikan permintaan anak-anaknya, akhirnya terpaksa meminta wang isteri untuk gembirakan anak-anak.
Namun, apa yang terjadi pula ketika keluarga itu menikmati beberapan ketulan nugget dan McFlurry dari restoran segera itu buat orang ramai tergelak. Anak-anak yang teringin, tapi bapanya pula yang beria habiskan aiskrim itu.
https://www.tiktok.com/@remydamak/video/7014841402890767618?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@remydamak anak2 Tak tau pape, #fypシ #tiktokmalaysia #viral ♬ Titisan Embun Pagi – Dj Dave
Menjengah di ruangan komen, jelas warganet berasa terhibur dengan gelagat lelaki itu yang telah menghabiskan aiskrim yang dibeli untuk anak-anak.
Di kalangan komen lucu yang ditinggalkan oleh warganet, ada juga beberapa yang tampil meluahkan perasaan sebagai seorang bapa yang tak sanggup mengecewakan anak-anak walaupun tidak berkemampuan untuk memberi segalanya pada mereka.
Keliru sekejap warganet dibuatnya. Sebenarnya siapa yang nak MCD sebenarnya? Anak-anak atau bapanya? Sekali si isteri pandang memang kena lah selepas ini.
Tak mengapa, mungkin lain kali si bapa boleh belanjakan McD bila gaji sudah masuk. Ganti balik aiskrim anak-anak.
Kredit: TikTok remydamak
Baca Juga: Rupa Ikan Yang Seram & Menyerupai Wajah Manusia Buat Lelaki Ini Buntu, Warganet Larang Makan.