Tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa bukanlah sesuatu mudah. Anak-anak ini ibarat permata yang sangat berharga yang perlu dipupuk sifat-sifat yang elok dan dididik sebaiknya.
Walaupun para ibu bapa mencuba sebaik mungkin untuk memantau mereka, anak-anak yang masih kecil akan lasak bermain sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diigini.
Selain ditegur kenakalanan mereka, para ibu bapa perlulah bertanggungjawab atas tindakan anak-anak mereka seperti yang telah dilakukan oleh lelaki ini.
Membawa keluarga makan bersama di restoran makanan segera terkenal, KFC, seorang ibu msn.nr89 tak sangka pula suasana riang anaknya ketika bermain akan menyebabkan kejadian yang tidak diduga.
Seronok bermain bersama-sama, anak-anaknya tidak sengaja menumpahkan minuman yang telah dipesan ke atas lantai restoran tersebut. Wanita itu yang melihat perkara tersebut agak terkilan dengan tindakan anaknya.
Namun dari dimarahi, suaminya yang menyaksikan kejadian itu terus berdiri dan menuju ke arah pekerja untuk meminta sebatang mop untuk mengelap minuman yang tertumpah.
Melihat tindakan suaminya yang bertanggungjawab, pekerja KFC yang ada turut berasa terharu. Menurut seorang yang telah bekerja selama 30 tahun, dia belum lagi bertemu pelanggan sepertinya.
https://www.tiktok.com/@ms.nr89/video/7126406991467023642
@ms.nr89 pengorbanan anak2 #foryoupage #fyp ♬ bunyi asal – nana_achik_fans
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa tersentuh dengan tindakannya. Menurut pengguna meria_ismail, dia bersyukur kerana masih ada individu sepertinya. Mempunyai sikap yang bagus, suami wanita itu jelas bertanggungjawab dan tak mahu susahkan orang lain atas tindakan anak-anaknya.
Sikap lelaki ini bolehlah menjadi contoh yang baik buat kesemua ibu bapa di luar sana. Tak salah jika anak anda gemar bermain, sekali-sekali tentu akan berlaku kejadian seperti ini.
Tapi seeloknya anda ringankan tulang dan mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka. Perkara itu turut menjadi contoh yang baik buat anak-anak anda.
Kredit: msn.nr89
Baca Juga: “Patut La Order Aku Tak Gerak..” – Gara-Gara Isu Rider Mogok, Rider Ini Pilih Untuk Tukar Kerja..