Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makan Nasi Lemak Setiap Hari Sampai Bulat, Rupa Anjing Terbiar Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

Makan Nasi Lemak Setiap Hari Sampai Bulat, Rupa Anjing Terbiar Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

Kategori:
Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Isu haiwan terbiar di sekitar kawasan bandar dan pekan membuat orang ramai berasa gelisah. Bagi pencinta haiwan pula, keselamatan dan makan minum haiwan tersebut menjadi kebimbangan.

Selain pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah diwujudkan bagi memberi haiwan terbiar makanan dan minuman, ada juga individu di luar sana yang baik hati dan turut sama berbuat begitu.

Di Cyberjaya pula, seekor anjing terbiar tak perlu risau tentang makan dan minumnya kerana ia dijaga oleh seorang peniaga kecil.

Makan Nasi Lemak Setiap Hari Sampai Bulat, Rupa Anjing Terbiar Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

Baru-baru ini, orang ramai tertarik apabila sebuah NGO My Forever Doggo telah berkongsi kisah seekor anjing terbiar yang diberi gelaran ‘Ms Chonky’ di media sosial.

Anjing betina itu diberi gelaran tersebut kerana rupanya yang bulat dan gebu. Pada mulanya di sangka bunting tapi Putri, gadis yang menemui anjing tersebut memaklumkan bahawa anjing-anjing di kawasan tersebut telah di spray dan neuter oleh pihak lain. Jadi mustahil anjing tersebut boleh bunting. Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Tambahnya, ia menjadi gemuk setelah diberi makan Nasi Lemak setiap hari oleh seorang peniaga kecil yang menjual di sekitar situ. Orang ramai yang turut terbaca kisah tersebut berterima kasih pada mak cik itu kerana sangat prihatin. Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Semenjak diberi makan, ‘Ms Chonky’ akan datang setiap hari untuk mendapatkan sebungkus Nasi Lemak dari mak cik itu. Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Namun memandangkan anjing tersebut kelihatan obese, orang ramai berasa risau dan ada juga yang menggesanya untuk cuba diet supaya berada di berat badan yang lebih sihat.

Ms Chonky Makin Gemuk, Ramai Suruh Diet Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Berita sebegini membuat hati kita berasa sangat lega. Tak sangka masih ada mereka di luar sana yang sangat baik hati dan prihatin dengan kebajikan haiwan terbiar. Semoga kebaikan yang dipaparkan oleh mak cik tersebut menjadi contoh pada kita semua untuk berbuat baik pada semua makhluk Tuhan.

Kredit: My Forever Doggo

Baca Juga: Cuba Viral Telur Ayam Ada Ulat Di Pasaraya, Ramai Nasihat Wanita Ini Untuk Elak Buat Andaian Sebab..

 

tags: | | | | |