Terdahulu, telah tular di sosial media berkenaan pergaduhan antara seorang lelaki India dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang berlaku di Pulau Pinang.
Namun, perselisihan faham antara kedua-dua pihak telah pun diselesaikan dengan baik tanpa ada dendam yang tersimpan.
Setelah insiden yang berlaku itu, anne “one by one” telah menjadi bualan netizen apabila tular kerana membuat ulasan tentang makanan.
Anne (bahasa Tamil yang bermaksud abang) yang pernah muncul di dalam iklan Pak Mat Western yang juga menjadi bualan ramai.
Kali ini, dia tular dengan membuat ulasan makanan ‘food review’ tentang restoran Al Zayn Bistro Bukit Tinggi, Bentong.
Video yang lebih dari 3 juta tontonan itu dimuat naik sendiri oleh anne di laman sosial Tiktok Thiran1040 miliknya.
Anne one by one menggunakan peluang populariti ini dengan baik sehingga dapat membuatkan netizen bangga dengan sikap positif yang ditunjukkan olehnya.
@thiran1040 #alzaynbistro @alzaynbistro
@thiran1040 #alzaynbistro @alzaynbistro β¬ original sound – π Έπ ½ππ ·π Έππ °π ½βοΈπΊπΏπΆ
Menurut komen netizen, rata-rata memuji sikap anne yang telah perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan.
Semoga terus maju jaya anne one by one, lupakan yang lama -Netizen
“Terbaik la uncle, yang lalu biarkan berlalu, mungkin yang lalu boleh mengubahkan masa depan. Semoga berjaya”
“Aura positif.. good boy aney.. teruskan buat content-content membantu peniaga-peniaga kita…”
Dari kisah ini dapat dilihat walaupun pernah melakukan kesalahn namun bangkit dengan melakukan kebaikan.
Semoga anne “one by one” berjaya dalam kerjaya baru yang diceburinya.
Sumber: Thiran1040