Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Asam Rebus Bendi Campur Terung, Lauk Paling Mudah Untuk Disediakan. Beginner Wajib Tahu Caranya

Resepi Asam Rebus Bendi Campur Terung, Lauk Paling Mudah Untuk Disediakan. Beginner Wajib Tahu Caranya

Kategori: ,
Asam Rebus Bendi Campur Terung

Ramai orang yang takut untuk memasak kerana tak tahu untuk bermula dari mana. Dengan begitu banyak resepi yang telah dikongsikan, si beginner berasa keliru nak cuba yang mana. Walaupun kesemuanya nampak menarik tapi cara-caranya sangat merumitkan.

Samada anda merupakan beginner atau sudah pro di dapur, di sini kami ingin berkongsi resepi asam rebus bendi campur terung yang telah dikongsikan oleh Hani Mynis di laman Facebook. Sangat ringkas, jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Asam Rebus Bendi Campur Terung, Lauk Paling Mudah Untuk Disediakan. Beginner Wajib Tahu Caranya

Bahan-bahan

  • Bendi
  • Terung
  • 5 atau 6 batang cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Segenggam ikan bilis (dibersihkan terlebih dahulu)
  • Kunyit hidup
  • Serai (ditumbuk)
  • Asam keping
  • Daun kesum (pilihan)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam – guna jenama ini
  • Gula Asam Rebus Bendi Campur Terung

Cara-caranya

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan blis dan kunyit hidup sehingga halus menggunakan blender.
  2. Tuang bahan kisar dalam periuk. Tak perlu tumis dengan minyak, buka sahaja api dapur secara perlahan. Asam Rebus Bendi Campur Terung
  3. Masukkan bendi, terung, serai, asam keping dan daun kesum.
  4. Masukkan air secukupunya dan kuatkan api dapur.
  5. Masak sampai mendidih dan sayur menjadi lembut. Tambahkan garam dan gula. Asam Rebus Bendi Campur Terung
  6. Siap untuk dinikmati.

Mudah sangat resepi asam rebus bendi campur terung ini, kan? Sesuai untuk semua cuba. Hanya kisar dan rebus dah siap. Kalau anda juga nak lauk makan tengah hari atau malam yang sihat, bolehlah cuba resepi ini. Dijamin puas hati.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.

Kredit: Hani Mynis

Baca Juga: Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

tags: | | |