Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Atikah Suhaimi Kongsi Menu Diet Low Budget, Kenyang Sampai Tengahari! Ramai Cakap Sedap & Menjadi!

Atikah Suhaimi Kongsi Menu Diet Low Budget, Kenyang Sampai Tengahari! Ramai Cakap Sedap & Menjadi!

Kategori: ,
menu diet low budget

Ingin kelihatan cantik adalah impian setiap orang. Ada orang ingin kelihatan cantik dengan berpakaian dan berketerampilan. Ada juga orang yang merasakan diri mereka cantik apabila mempunyai tubuh badan yang sihat, kurus dan seksi.

Ekoran itu ramai yang berlumba-lumba mencuba pelbagai cara dan produk. Sehinggakan ada yang sanggup mengambil produk ataupun pil yang membahayakan kesihatan. Namun akhirnya apa yang mereka usahakan itu memakan diri mereka sendiri jika tidak dipantau dengan baik.

Jadi, alangkah lebih baik jika kita mengamalkan pemakanan semulajadi yang sihat sahaja. Tidak perlu bersusah payah membeli segala produk yang menjanjikan beribu-ribu harapan palsu. Memang kesannya cepat namun risikonya juga agak tinggi.

Korang boleh ikut perkongsian menu diet low budget Atikah Suhaimie ini untuk amalkan pemakanan gaya hidup sihat!

Atikah Suhaimi Kongsi Menu Diet Low Budget, Kenyang Sampai Tengahari! Ramai Cakap Sedap & Menjadi!

menu diet low budget

Bahan-Bahan:

  • minyak masak
  • button mushroom
  • bawang merah
  • sedikit cili hijau
  • garam secubit
  • telur 2 biji campur sedikit mayones
  • lettuce
  • black pepper

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan minyak ke atas kuali/pan. Apa-apa jenis minyak pun boleh asalkan drizzle sahaja. Jangan pakai butter atau majerin.
  2. Lepas tu, letakkan button mushroom. Boleh je pakai daging atau ayam tapi mushroom lagi murah.
  3. Campur bawang merah, sedikit cili hijau.
  4. Letak garam secubit.
  5. Campurkaan telur 2 biji yang dicampur sedikit mayones. Gunakan api paling kecil.
  6. Telur ni sensitive, jadi jangan biarkan sendiri.
  7. Kalau biarkan nanti scrambled eggs you kering sangat. Kita nak scrambled eggs rasa juicy lemak style Jepun.
  8. Hidangkan bersama apa-apa lettuce murahh.
  9. Taburkan black pepper pada akhir penyediaan.

menu diet low budget menu diet low budget menu diet low budget

menu diet low budget

Menu diet low budget ini bolehlah dimakan bersama minuman kopi o tanpa gula. Tambah lemon atau limau untuk bagi taste.

Tips Diet Atikah Suhaimi

  • Rujuk pemakanan Nabi dengan makan makanan dengan perlahan. Jika makan perlahan, nanti perut akan hantar signal dekat otak cakap kenyang.
  • Kalau makan laju, perut tak sempat nak fikir kalau korang dah kenyang atau belum.
  • Tahu-tahu je tiba-tiba gemuk. Jadi, harus makan slow-slow.
  • Lagipun sunnah kalau makan slow. Dan berhenti sebelum kenyang.
  • Kalau you all makan macam ni, korang akan kurus. Percayalah.

Selamat mencuba menu diet low budget dan menikmati perkongsian resepi diet Atikah Suhaimi ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Atikah Suhaimie

Baca juga: Resepi Dessert Baby Pancake Yang Tengah Viral Sekarang, Mudah Je Cara Nak Buat! Boleh Makan Dengan Pelbagai Topping Yang Menarik

tags: | |