Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Dessert Baby Pancake Yang Tengah Viral Sekarang, Mudah Je Cara Nak Buat! Boleh Makan Dengan Pelbagai Topping Yang Menarik

Resepi Dessert Baby Pancake Yang Tengah Viral Sekarang, Mudah Je Cara Nak Buat! Boleh Makan Dengan Pelbagai Topping Yang Menarik

Kategori: ,
baby pancake

 Dessert atau pencuci mulut adalah hidangan sampingan yang dihidangkan selepas seseorang itu menikmati hidangan berat. Selalunya, jika tidak menghidangkan dessert, kita akan merasakan sesuatu menu tidak lengkap kerana ianya berfungsi untuk menghilangkan kesan dari rasa hidangan yang sebelumnya.Antara jenis dessert yang sedang tular sekarang adalah baby pancake.

Baby pancake ini datang dengan pelbagai perisa seperti coklat, karamel, dan juga kacang. Rasanya yang manis dan lembut ini bukan sahaja menjadi dessert kegemaran kanak-kanak, malah yang dewasa juga amat menyukainya.

Resepi Dessert Baby Pancake Yang Tengah Viral Sekarang, Mudah Je Cara Nak Buat! Boleh Makan Dengan Pelbagai Topping Yang Menarik

baby pancake

Bahan-bahan

  • 150g tepung gandum
  • 200g susu full cream
  • 35g butter
  • 35g gula kastor
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp vanilla powder
  • 1 biji telur

Cara penyediaan

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.
  2. Kemudian tapis adunan supaya texture pancake lebih halus.
  3. Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.
  4. Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.
  5. Masak pancake ikut saiz kesukaan masing2 lebih kurang 10minit. Api perlahan je.
  6. Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masing-masing. Siapppp. Senang je tauu. Pancake nie dah sejuk pun lembut lagi cek oii.

baby pancake

Tadaaaa! Baby pancake kita sudah siapp. Senang sangat nak buatnya lepastu sedap dia memang tak tipu lah. Rugi siapa yang tak cuba buat, patutlah viral!

Asyik buat pancake yang besar je, jom try baby pancake ni pulak. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat kepada semua.

Sumber: Facebook Cik Dayang Zuhaila

Baca juga: Panna Cotta ” Itallian Dessert ” Penyejuk Tekak Yang Sedap & Berkrim. Mudah Saja Resepinya!

tags: | | |