Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Panna Cotta ” Itallian Dessert ” Penyejuk Tekak Yang Sedap & Berkrim. Mudah Saja Resepinya!

Panna Cotta ” Itallian Dessert ” Penyejuk Tekak Yang Sedap & Berkrim. Mudah Saja Resepinya!

Kategori: ,
dessert

Panna cotta merupakan sejenis dessert manis yang berasal dari Italy. Pencuci mulut ini diperbuat daripada krim masakan dan gula gelatin. Malah, nama panna cotta itu sendiri bermaksud ” krim yang dimasak “. Teksturnya yang sangat lembut dan dihiasi dengan pelbagai jenis buah-buahan menjadikannya bertambah sedap.

Panna cotta ini adalah pencuci mulut yang paling mudah. Ini dia resepi panna cotta yang telah dikongsi di laman sosial media oleh Azlina Ina.

Panna Cotta ” Itallian Dessert ” Penyejuk Tekak Yang Sedap & Berkrim. Mudah Saja Resepinya!

dessert

Bahan-bahan

  • 3 cawan susu segar
  • 1 cawan whipping cream dairy
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar2 serbuk)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan

  1. Kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Biarkan.
  2. Masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api kecil sampai ada buih-buih kecil terbentuk.
  3. Tutup api, masukkan gelatin, kacau dan masukkan esen vanilla.
  4. Biar sejuk sikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer atau 5-6 jam kalau dalam chiller)

dessert

Tadaaa! Panna cotta sudah siap. Menghasilkan pencuci mulut ini sangat senang. Rasanya yang lembut mampu memberi kelainan kepada selera makan anda.

Sumber: Azlina Ina

Baca juga: Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis

tags: | |