
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian agama, kaum dan bangsa. Hal itulah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni.
Semua bangsa saling meghormati dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Mereka saling tolong-menolong tanpa melihat latar belakang seseorang.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh peniaga Nasi Kandar Sulaiman (NKS) yang menceritakan tentang kebaikan seorang makcik (aunty) Cina memberikan duit raya kepada pekerjanya.
Katanya, aunty Cina berkenaan bertanya tentang berapa orang pekerja yang bekerja di Nasi Kandar Sulaiman lantas memberi duit raya kepada mereka.
“Aunty kita ini tiba-tiba datang ke NKS tanya pekerja semua berapa orang, saya pun kata dalam 20 orang. Sebaik sahaja tahu berapa orang pekerja, beliau terus beri 20 sampul duit raya suruh bagi kepada pekerja semua.
“Saya pun jadi terharu terus. Bayangkan betapa mulianya hati beliau ini. Beliau ini pun seorang rider Grabfood sahaja. Tambahan pula beliau merupakan orang Cina. Memang baik hati dan hebat aunty ini sanggup bagi 20 sampul duit raya kepada pekerja saya,” ceritanya dalam hantaran di laman Facebook.
“Terharunya, semoga aunty murah rezeki. Terima kasih kerana sudah mengajarkan tentang kasih sayang tidak mengira bangsa dan agama,” kata rata-rata netizen di hantaran Aunty Cina bagi duit raya berkenaan.
Melalui kisah Aunty Cina bagi duit raya ini, semoga kasih sayang antara kita sentiasa mekar dan tumbuh sepanjang masa, sampai bila-bila.
Sumber: Nasi Kandar Sulaiman
Baca juga: Dalam Perjalanan Balik Kampung Hari Raya Pertama, Pemandu Bas Ajak Penumpang Beraya Di Rumah