
Menerusi laporan Berita Harian, pengurus sebuah restoran di Jalan Langgar di Alor Setar yang mengadakan promosi tersebut, Mohamad Amri Mhd Shukri berkata seawal jam 2 petang, orang ramai telah beatur mendapatkan nombor giliran walaupun juadah itu mula dijual bermula jam 3.30 petang.
Ayam Golek RM1 Dijual Tidak Sampai Sejam Pada Hari Pertama Puasa, Ada Individu Baik Infaq Kepada Orang Ramai
“Kami menjual ayam bakar RM1 pada hari pertama berpuasa saja sebagai promosi supaya orang ramai ke bazar yang kami buka sendiri di perkarangan restoran sepanjang Ramadan ini.
“Memang tidak disangka nombor giliran akan habis pada jam 2.30 petang walaupun juadah itu hanya boleh dibeli satu jam kemudian.
“Malah, ada yang sanggup datang dari jauh termasuk Perlis, untuk mendapatkan ayam golek jualan kami ini tetapi setiap pelanggan dibenarkan membeli seekor saja,” katanya.
Dijual RM1 Kerana Ada Invidu Datang Infaq
Tambah Mohamad Amri, selain tujuan mempromosikan perniagaan mereka, penjualan ayam golek dengan harga RM1 itu juga dilakukan kerana terdapat individu yang berinfaq.
Menurutnya, pihak restoran bersedia menawarkan harga jualan ayam golek RM1 sekali lagi jika ada individu yang ingin berinfaq pada bila-bila masa di lokasi sama.
“Kami sudah berniaga Bazar Ramadan di sini sejak tahun lalu tetapi kurang mendapat sambutan ketika itu.
“Alhamdulillah pada Ramadan kali ini, ia mendapat sambutan, malah ada banyak lagi gerai makanan lain yang dibuka di sini,” katanya.
Sumber: Berita Harian