Satu lagi kepelbagaian penyediaan ayam goreng iaitu Ayam Goreng Nestum Rangup. Mungkin ada yang ingin variasikan dari ayam celup tepung kepada celup nestum. Tidak salah kan untuk pelbagaikan masakan dan sekali-sekala ubah selera. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan
- Isi ayam – dipotong kecil
- 2 sudu teh kunyit
- 2 sudu teh secukup rasa / garam
- 1 sudu makan tepung jagung / tepung kanji
- 1 biji telur
- Nestum
- Minyak Masak
Cara Memasak
- Gaulkan ayam dengan kunyit, secukup rasa dan tepung jagung.
- Perap selama 10-15 minit.
- Celupkan ayam dalam telur, kemudian ke dalam nestum.
- Panaskan minyak dan goreng ayam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
Rujuk video di bawah.
Sumber : Ani’s Home Recipe