Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Cukup Rasa Lemak Manis & Pedas”, Ini Dia Resipi Mudah Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

“Cukup Rasa Lemak Manis & Pedas”, Ini Dia Resipi Mudah Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

Kategori:

Ayam Masak Kicap memang sangat simple dan mudah disediakan tapi kalau kena cara masak boleh jadi hidangan yang luar biasa.

Menu ini mesti berlemak, pekat, manis dan rasa pedas dari cili merah menyeimbangkan keseluruhan rasa hidangan ayam masak kicap.

Lain orang mesti ada cara masak tersendiri tapi senang cerita ikut sahaja resipi style Che Nom, dijamin menjadi dan puas hati.

Cara Buat Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • cili merah
  • sedikit air
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar, hiris bulat

Bahan tumbuk halus :

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Cara-cara menyediakan ayam masak kicap:

  1. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
  4. Menggunakan minyak lebihan goreng ayam, tumis bahan tumbuk tadi.
  5. Masakkan bersama cili kisar, sos tomato dan sos tiram.
  6. Masukkan ayam bersama cili merah dan kicap manis.
  7. Tambahkan air asam jawa.
  8. Biarkan sehingga mendidih dan tambah sedikit air dan biar sehingga mendidih.
  9. Masukkan tomato dan hirisan bawang besar dan kacau sehingga masak.

Baca juga: Cara Buat ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea, Cicah Dengan Sos Serius Sedap!

tags: