Siapa yang tak tahu ayam masak merah kan. Selalu makan kat kedai sedap je, tapi kecik je ayam kan. Apa kata anda masak sendiri je kat rumah. Lagi puas hati dan sedap. Resepi seperti dibawah untuk semua.

Ayam Masak Merah Dahlia's Kitchen

Resipi Ayam Masak Merah Dahlia’s Kitchen

BAHAN-BAHAN KISAR (Blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Genggam Bawang Kecil
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • Halia dan Lengkuas Sedikit(setengah ibu jari)
  • 3 Batang Serai
  • 2 Biji Buah Keras
  • 1 Genggam Cili Kering (ikut citarasa masing-masing)

BAHAN-BAHAN TUMIS

  • 1 Ekor Ayam ( di potong kecil dan kemudian digoreng)
  • 1 Tin Tomato Puri (sedang)
  • 5 Biji Tomato Hidup
  • 4 Sudu Makan Tomato Sos
  • 3 Sudu Makan Rempah Kari Daging
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Biji Pelaga
  • 1 Bunga Lawang
  • 3 Biji Bunga Cengkih
  • Gula dan Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan tomato puri dan buah tomato. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng. Siap untuk dihidangkan.

 

Cara-Cara memasak lebih lanjut sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Terima kasih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba.

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 2 times!)