Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Percik Guna Air Fryer, Paling Senang Tapi Rasa Seakan Bakar!

Resipi Ayam Percik Guna Air Fryer, Paling Senang Tapi Rasa Seakan Bakar!

Kategori: ,
ayam percik guna air fryer

Ayam percik adalah juadah dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia diperap dahulu di dalam kuah santan yang dimasak bersama-sama bahan-bahan seperrti kunyit, halia, bawang, serai dan lada.

Kemudian, ia akan dibakar di atas dapur arang, biasanya. Hidangan ini sedap di makan dengan nasi ulam, budu serta sambal belacan. Paling laku biasanya dijual waktu bulan Ramadan di bazar-bazar. Mesti laku keras!

Terdapat banyak resepi ayam percik daripada ayam percik Kelantan, ayam percik Melaka, ayam percik pedas, ayam percik putih dann bermacam jenama mengikut pencipta resepi dan juga lokaliti.

Tapi sekarang, kami nak tunnjukkan resepi ayam percik guna air fryer yang paling sebangh tapi rasanya seakan bakar. Mari mulakan!

Resipi Ayam Percik Guna Air Fryer, Paling Senang Tapi Rasa Seakan Bakar!

ayam percik guna air fryer

Bahan-Bahan Perapan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah atau 1 bawang besar
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai (potong kecil)
  • 2 sudu cili boh (nak lagi pedas letak lebih)
  • 1/4 cawan santan pekat
  • gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Blender semua bahan di atas.
  2. Perap ayam selama 2 jam lebih.
  3. Jika ingin rasa yang lebih sedap, peram jam dalam masa 3 jam lebih dan ke atas untuk bahan serap ke dalam ayam.
  4. Bakar suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
  5. Selepas itu, bakar lagi selama 10 minit.
  6. Siap! Dan boleh dihidang.

ayam percik guna air fryer ayam percik guna air fryer

Senang kan buat ayam percik guna air fyer ni. Mestii bukan semua orang mempunyai pemanggang untuk bakar ayam. Jadi, jika ada air fryer di rumah. Bolelah gantikan ia. Memang sangat senang!

Bila dah ada tetapan suhu dan masa, ayam pon tak akan terlebih masak dan terkurang. Tapi, ada orang memang sukamakan yang bakar atas api sebab feel dia. Ini adalah salah satu pilihan untuk memudahkan kita.

Jadi, mana mana pun boleh ikut kesenangan dan selera masing-masing! Selamat mencuba dan menikmati semua.

Sumber: Zamaizura Nawawi

Baca juga: Masak Air Asam Cara Berbeza, Resepi Kerang Air Asam Buat Meleleh Air Liur

tags: | |