Ayam Pongteh merupakan resepi masakan baba nyonya . Sesiapa yang pernah makan ayam pongteh ni mesti tau kesedapannya. Pertama kali cuba masakan ni terus minat sebab sedap sangat.

Rasanya ala-ala ayam masak kicap tapi kelainannya ade tambah taucu. Sedap tau. Rugi tak cuba. Cara nak masaknya pun senang je.

Bahan-bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan-bahan:

  • 3 paha ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar pes taucu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 500ml stok ayam
  • 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
  4. Masukkan gula melaka dan kentang.
  5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
  6. Tabur daun bawang sebagai topping.
  7. Ayam Pongteh sudah siap
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)