Babarittos Food Truck bermula pada tahun 2013 yang beroperasi di Tapak Urban Street Dining Persiaran Hampshire, Hampshire Park (berdekatan KLCC). Babarittos berasal daripada nama ayah pengurus Babarittos Food Truck iaitu ‘Baba’, dan Rittos pula adalah nama yang sesuai untuk menu ala-ala makanan Mexican.
Makanan yang disediakan adalah seratus-peratus homemade dan sangat dikenali ramai orang. Antara menu yang disediakan adalah Burrito Mexicano, Quesadilla Cheesyligious, Cheeseburger, Cheesy Bolognese Fries, dan Nachos Bolognese.
Buritto Mexicano adalah antara salah satu menu yang paling digemari dan memuaskan selera orang ramai.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi