Anda pernah tak sering mengalami keletihan dan badan mula rasa lemah dan lesu? Perkara itu merupakan sesuatu yang biasa bagi kita yang sibuk sepanjang hari tapi jika berterusan, ianya boleh menjejaskan aktiviti harian dan prestasi kerja.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mengamalkan mandian air limau purut sebelum tidur. Mandian ini selalu diamalkan oleh orang dahulu kerana limau ini mempunyai asid-asid tertentu dan bau yang wangi.
Limau ini juga mempunyai anti oksidan yang tinggi, kaya dengan flavonoid dan polifenol yang sangat berkesan untuk membantu penyakit jantung dan kanser. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin dan bahan mineral termasuk C, B1, B2, Sodium, Kalium dan zat besi.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
- Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
- Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
- Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
- Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
- Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
- Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
- Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda
Selain untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan, mengharumkan dan membuang toksin dari badan, mandian ini juga sering diamalkan dalam perubatan Islam kerana ianya boleh membantu hilangkan gangguan jin jika diruqyah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Semoga membantu dan jangan lupa kongsikan petua ini untuk sama-sama mendapat manfaat.
Kredit: Petua Herba Channel
Baca Juga: Amalkan Minuman Ini Untuk Buang Angin Dalam Badan, Petua Dari Ustazah Darussyifa.