Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Kandang Babi..” – Bagi Orang Tumpang Di Rumah, Lelaki Ini Perlu Tanggung Akibat..

“Macam Kandang Babi..” – Bagi Orang Tumpang Di Rumah, Lelaki Ini Perlu Tanggung Akibat..

Kategori:
Bagi Orang Tumpang Di Rumah

Berbuat baik bukanlah satu kesalahan. Malah ia sesuatu yang sangat digalakkan sesama manusia. Namun kita akan bertemu dengan segelintir individu yang tidak tahu menghargai dan hanya mengambil kesempatan.

Oleh itu, ramai yang menasihati untuk berbuat baik secara berpada-pada. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana niat orang terhadap diri kita. Walaupun kita sudah memasang niat ingin membantu tapi hakikatnya akan ada sesetengah manusia yang tidak menghargai perkara itu.

“Macam Kandang Babi..” – Bagi Orang Tumpang Di Rumah, Lelaki Ini Perlu Tanggung Akibat..

Pengalaman teruk sebegitu telah terjadi ke atas seorang lelaki, ramadianlubis. Ingin berbuat baik, dia telah memberi beberapa individu untuk menumpang di rumahnya selama dua hari.

Namun, dia sangat menyesali tindakannya setelah melihat keadaan rumah yang telah dibiarkan. Setelah mereka meninggalkan rumahnya, lelaki itu telah ke dapur bagi memeriksa keadaan tapi apa yang ditemui amatlah memeranjatkan. Bagi Orang Tumpang Di Rumah

Terkejut dengan keadaan dapur yang telah disepahkan dan makanan dibiarkan dalam peti ais, lelaki itu kesal dengan tindakan penumpang tersebut. Menurutnya yang berstatus seorang duda, perkara ini tidak pernah terjadi memandangkan dia sangat menitikberatkan aspek kebersihan. Bagi Orang Tumpang Di RumahBagi Orang Tumpang Di Rumah

Tambahan, perkara itu sangat menyakitkan hatinya kerana terpaksa berhadapan dengan sampah-sampah itu setelah penat seharian bekerja. Rasa panas pula bila tengok rumah dah sama rupa macam kandang babi!

https://www.tiktok.com/@ramadianlubis/video/7110947014459854107?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@ramadianlubis #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #pyf #anakmedanlewat #medanmalaysia🇮🇩🇺🇸 @ndecharobrenangin48 @ashsidiqqidena @esrasitohang @sariashari86 ♬ original sound – Bubih

Meninjau di ruangan komen, orang ramai sangat bersimpati dengan situasi lelaki itu. Malah, seorang pengguna Lina Meilani812 berasa sangat kesian sehingga menawarkan bantuan untuk membersihkan dapur tersebut.

Manakala pengguna mimie84 sangat memahami perasaan lelaki itu. Rasa sakit hati sangat bila kita bersungguh-sungguh untuk bantu orang tapi akhirnya diambil kesempatan. Siapa sahaja yang akan berasa ‘angin’ bila terkena sebegitu?

Siapa Je Yang Tak Sakit Hati? Bagi Orang Tumpang Di Rumah

Seharusnya sebagai manusia, kita perlu tahu cara menghargai bukannya berbuat begini. Jadi semoga perkara ini menjadi satu pengajaran buat kita semua. Nak berbuat baik itu bagus tapi janganlah kita membiarkan orang lain mengambil kesempatan.

Kredit: ramadianlubis

Baca Juga: Restoran Salt Bae Antara Restoran Paling Teruk Di London, Ramai Nasihat Jangan Pergi

tags: | | |