Pasti ramai kan dalam kalangan kita yang selalu membuang minyak masak ini ke sinki atau saluran paip. Jarang sangat yang asingkan minyak yang kita gunakan untuk memasak tu terlebih dahulu. Tak ramai juga yang tahu bahawa minyak atau sisa makanan tu tak sepatutnya dan langsung tidak boleh dibuang ke dalam sinki.
Jika kita berbuat sedemikian rupa, ia berisiko membuatkan sisa minyak terkumpul dalam saluran dan akhirnya tersumbat.
Pastinya ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Sisa minyak sepatutnya diasingkan ke dalam bekas lain. Apabila diasingkan, bolehlah dijual kepada pengumpul minyak masak terpakai. Mereka akan menjadikan minyak masak ini sebagai biodiesel.
Bercerita tentang buang minyak ke dalam sinki ini, baru-baru ini seorang ahli Group Tukang Apa Hari Ini, Ramli Saliah ada berkongsi rutin kerjanya yang membersihkan paip yang tersumbat di sebuah medan selera.
Dalam video yang dikongsikan itu, Ram;i bersama pasukannya menjalankan kerja-kerja menyedut lemak terkumpul (dipercayai daripada sisa minyak masak yang dibuang ke paip) dan mencuci saluran itu sekali.
Medan selera punya lemak memang terbaik, beza dari yang lain. Seminggu tak hilang bau. Letak macam-macam pun tetap berbau. Minyak masak jangan buang ke lubang paip ye.
Memang kelihatan dengan jelas gumpalan lemak yang tebal memenuhi saluran paip itu. Agak menggelikan dan ia boleh dikatakan sudah lama paip ini tidak dicuci hingga ada lemak yang mengeras.
Tengok pada keadaan lemak yang bergumpal tebal, pastinya kita dah boleh agak macam mana bau busuknya. Sekaligus pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak berselera selepas menghidu bau ini.
Kredit: SANY SEWERAGE
Baca juga: Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Digunakan Untuk Memasak, Ini Perbezaannya Yang Anda Wajib Tahu!